Friendly Friends

August 15, 2011

Cubalah untuk Setia

assalamualaikum

bercinta memang payah. apatah lagi kalau tak berada dalam kawasan yang sama. bila masing-masing sibuk, bertambah susah la nak cari masa untuk berjumpa.

tapi, adakah itu alasan untuk tidak setia?

bila kita terasa macam diabaikan, rasa dilupakan, ingatlah balik susah payah yang kita dan dia pernah lalui. contohnya gangguan orang ketiga dan gaduh sebab pakwe makwe lama. takkan hanya sebab masalah kurang sempat berkomunikasi boleh dijadikan alasan untuk tidak setia? tambah-tambah kalau sebab dia bekerja.

kalau macam tu, takde nilai langsung air mata yang pernah menitis sebab bergaduh dulu.

kita pernah bersedih sebab dia sedih. kita selalu gembira bila dia menyampaikan berita gembira. tapi yang perlu kita fikirkan, siapa insan yang selama ini mendengar keluhan dan rungutan kita selain mak abah kita? kadand-kadang bila kita gaduh dengan kawan kita, siapa yang menasihatkan kita agar bersabar? bila kita dapat pointer bagus, siapa sanggup datang jauh-jauh untuk belanja kita makan? bila kita sakit, siapa yang selalu mesej kita selang setengah jam hanya mahu bertanyakan sama ada kita dah makan ubat ke belum?

adakah tu tak cukup lagi untuk kita bayar hanya dengan kesetiaan dan kejujuran?

janganlah berpaling tadah hanya kerana kurang masa untuk bersama. kalau alasan dia sedang berpoya-poya atau memang dia sedang abaikan kita, itu boleh kita fikirkan sama ada kita atau dia yang angkat kaki dulu!


bukan mudah untuk membina kepercayaan. kita kena ingat, kita terima dia sebab kita yakin dan percaya pada dia. tak semua orang kita percaya. ada sesetengah tu, kita suka.. tapi kita tau kita tak ada masa depan dengan dia. sebab tu kita tak pilih untuk berada di sisi dia..

jangan sampai satu hari nanti, disebabkan kesilapan yang sedikit, kita tersilap pilih 'insan ketiga' tapi sebenarnya dia tak mampu bahagiakan kita sebagaimana yang pertama..

jangan pernah mulakan bibit cinta dengan insan lain bila masa kamu terikat dengan yang lain.

kepercayaan umpama sehelai kertas. bila sudah dinodai, ia seperti direnyuk-renyuk dan takkan pulih seperti sedia kala.
dia mungkin masih terima kita, bila dah kantoi, tapi kemesraan tu mungkin takkan sama. dan kita akan kekal hidup dengan rasa bersalah.
waktu tu, macam Siti Nurhaliza cakap dalam lagu Bisakah, semuanya takkan berguna lagi
pernah kuterasa ingin membawa
cinta yang terlara ke titik mula
kembali mencuba untuk kali kedua
menggilapkan gerhana jiwa

pernah kuterasa ingin merayu
pada kasih dulu pulang padaku
lupakan dosaku, putihkan kelabu
hilangkan amarahmu, namun..

bisakah yang terpadam dinyala
biasakah yang terhina dicinta
walauku himpunkan sesalku
bisakah terbuka kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku SemulaNamun…

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu


jangan pernah berubah. kalau dah jumpa yang baik, jangan lepaskan..




No comments: