Friendly Friends

August 12, 2011

2 kilo ikan temenung untuk apa?

assalamualaikum

semalam pegi pasar malam. agaknya sebab peniaga kalut nak tutup gerai, depa jual ikan temenung sekilo RM2 je. segar-segar lagi. aku pun apa tunggu, terus bedal 2kg sebab cadangnya nak buat laksa. boleh sedekah kat jiran-jiran sikit. ritu bagi cucur cempedak je. entah sedap entah tidak.

*kenapa agaknya nama dia temenung? lepas makan, manusia akan jadi termenung ke apa?

okay. pastu aku pegi yawata, pasaraya termewah di abad ni. aku terus ambil cabai kering dan sebungkus laksa serta bunga kantan. berkobar-koba dah ni! bila turn aku nak bayar, baru aku teringat something. terus terbantut niat aku nak buat laksa..

rumah aku mana ada periuk besar!

ah.

terus aku letakkan balik laksa tadi.

ce bagi idea, apa boleh buat dengan ikan 2kg ni? hujung minggu depan rumah akan kosong terus sampai habis cuti raya. kami ni jenis sekali makan, ikan sorang sekor je. sambal dah pernah buat, asam pedas penah, masak kicap penah, apa lagi ek? masak cuka? gulei? oh. takde santan. goreng celup dah la kan. nanti ratah cicah sos

No comments: