Friendly Friends

August 24, 2011

Wordless Wednesday


and i hurt myself...for hurting you..

August 23, 2011

Serbuan Jawi

assalamualaikum kelas!

waalaikumussalam warah matullahi wabarakatuh cikgu!*intonasi lanjut style budak sekolah rendah.*

ok. semua boleh duduk

terima kasih cikgu!

cikgu nak, semua keluarkan alat tulis masing-masing. simpan semua buku teks dan cikgu akan edarkan kertas soalan kamu semua.

*senyap*

semua dah dapat kertas ke? jom semak sama-sama dengan cikgu kot-kot ada muka surat yang tertinggal. semua ada tak muka surat 1 sampai 11?

ada cikgu!

bagus. peringatan dari cikgu, cikgu tak nak kamu pusing kiri kanan depan belakang tengok kawan, cikgu tak nak ada sebarang interaksi langsung dengan kawan-kawan. kalau ada masalah, tak faham apa ke, jumpa cikgu di depan ok!

ok cikgu!

boleh mula menjawab sekarang. baca doa dulu.


cikgu Shaqirah sedang menunggu masa untuk menjaga peperiksaan kelas 1 Kamil untuk subjek Pendidikan Seni. dialog semalam ni berlaku di kelas 4 Kamil masa cikgu jaga kertas Pendidikan Islam. sedihnya bila masa berjalan-jalan tu, terkesan ramai murid yang tak dapat menjawab sebab tak faham jawi. orang suruh translate dari jawi ke rumi, macam-macam jadinya. orang cakap tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad, dia tulis ke liang huda. apakah?? orang cakap mengapa amir pulang awal? dia tulis mengapa amirah pulang awal? lagi teruk bila sorang ni tak reti langsung agaknya. ada 5 soalan semua. dia tak reti nak translate. so jawapan dia: 

1. ilmu pelita hidup*tulisan jawi*
jawapan: saya suka main bola *tulisan rumi*

2. mengapa amir pulang awal?*tulisan jawi*
jawapan: hari-hari saya main bola

*sigh.. kalau depa tak reti baca jawi, kemungkinan untuk tak reti baca al-Quran juga amat tinggi.. sigh again*





cikgu ke sekolah naik moto paling buruk yang ada kat rumah. ala.. tau.. abah sengaja suruh bawak moto tu sebab moto tu tak boleh pecut laju2.. mula-mula pakai slipper. bubuh heels dalam raga moto. sampai sekolah tukar pakai heels. haha. oh, menyesal pakai nametag awal-awal dari rumah sebab asal selisih dengan pakcik-pakcik kat bendang, semua cakap, assalamualaikum cikgu! awal p sekolah? haha



 banyaknya keja cuti ni..


August 18, 2011

Pelupa lagi.

assalamualaikum

makin tua makin menjadi.

aku pinjam kamera kawan aku, aku cari bagai nak rak dan hakikatnya ada kat kawan sorang lagi.

aku lupa kawan sekolah aku tu orang Taiping, bukannya Alor Setar.

aku cari pendrive, rupanya aku masukkan dalam printer bahagian letak kertas tu.

aku cari kad matrik, yang tu paling malang. sampai sekarang tak jumpa lagi.

aku masih mencari bateri, aku tak ingat aku letak mana atau aku bagi kat classmate.

banyak betul misplaced barang sejak kebelakangan ni.

satu lagi sebab beg asyik bertukar tiap hari, ada saja benda aku tinggal!


yang ni aku tak lupa. menabung. dan dalam masa 3 bulan ni, dah berjaya menabung hampir RM30. alhamdulillah

August 17, 2011

Better Things are Coming

assalamualaikum

akhirnya rasa dah jumpa penawar terbaik untuk kawal pemakanan. lupa untuk makan i mean. haha. selama ni hidup terlalu mudah sampai aku tak ada benda untuk dibuat selain makan dan makan. tapi sekarang, insyaALLAH aku dah jumpa penawar yang mungkin berkesan.

lepas raya ni, aku akan mula sibuk sebab hampir semua assignment kena hantar pada minggu pertama dan kedua lepas raya. pastu aku akan sibuk berlatih untuk Public Speaking competition. pastu aku yang bertindak sebagai pegawai pemasaran syarikat kelas aku memang sedia pening dengan kerja-kerja perniagaan yang kami jalankan. ni tak termasuk dengan perkhemahan Pandu Puteri, jadi AJK Makanan. pastu lawatan kelas ke Orang Utan Santuari dan Zoo Taiping. pastu, tadi pensyarah aku lantik aku jadi Ketua Editor untuk Buletin Jabatan Sains.

oh. sebut pasal editor membuatkan aku teringat pada sesuatu.

dulu aku teringin sangat nak jadi Editorial majalah sekolah. tapi aku sangat kecewa sebab bukan cikgu yang buat pemilihan editorial. bagi aku, bila seseorang dipilih, pasti dia akan pilih kawan-kawan dia dan orang-orang yang dia kenal je. serius aku sangat kecewa, dan begitu jugak sorang ni. dia cakap, dia pun ingat dia akan terpilih sebagai ahli redaksi. 

kami bersembang. masa tu, berpakat nak buat majalah sendiri kononnya. dan sebagai nak lepas geram, kami bersembang sampai malam. pastu pegi beli nasi lemak dan air gas kat kiosk. haha. 

tapi impian tu tak terlaksana.

hari ni, tanggal 17 Ogos 2011, lepas 6 tahun berlalu, aku dilantik jadi Ketua Editor. doa aku 6 tahun lepas termakbul macam mana termakbulnya doa aku masa aku pening bila kena pilih sama ada wakil sekolah untuk public speaking atau wakil sekolah ke English in Camp. masa tu aku sedih sebab kena pilih. tamak.

dan aku pilih English in Camp.

masa aku mula-mula berlatih untuk public speaking ni, aku rasa stress. sebab aku dah lama tak wakil2 dalam bidang speaking2 ni. lama-lama baru aku sedar, aku pernah impikan benda ni.see, ALLAH tetap akan makbulkan doa kita, sama ada cepat atau lambat. kita hanya perlu berusaha, berdoa dan tawakal. tapi apa-apa pun kita kena sedar, kalau doa kita tak dimakbulkan, mesti ada something. mungkin ALLAH nak kita berusaha lagi. atau mungkin ada hikmah yang tersembunyi. DIA tahu yang terbaik untuk kita.



Kita selalu berdoa
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya

Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.

Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu

Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?

Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?

Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?

Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?

Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?

Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna

Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak



kita minta kepada Allah setangkai bunga segar Allah beri kita kaktus berduri....kita minta rama-rama Allah beri kita ulat bulu...kita sedih dan kecewa...namun kemudian...kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu bertukar menjadi rama-rama yang sangat cantik...begitulah cara Allah indah pada MASAnya...Allah tidak memberi apa yang kita perlukan..kadangkala kita kecewa dan terluka tapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang terbaik untuk kita..subhanallah!

Tudung Princess

assalamualaikum

suka betul pakai tudung ni. ala, yang nampak macam kita pakai mahkota tu! macam tudung nak bertunang pun adaa. aku ada dua je,warna kelabu dan hijau lumut tua.

sehelai RM37. oh. tak mampu beli banyak untuk buat koleksi!








August 16, 2011

Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
  
  Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

 u never know what happened.
dont judge me based on your perception
it hurt me

we're still friend
for me
we had gone through many moments
and i lived with dat memories


u're my friend
remember dat.
even if u dont wanna call me as friend again

August 15, 2011

Review: Clenx Tea

assalamualaikum

pernah dengar nama teh ni? ala, yang Mila jadi duta tu. kotak dia macam ni:

packaging yang menarik!

aku beli ni tapi tak minun sekali pun lagi. haha. teruknya Qirah. membazir je kejanya. tapi aku beli sebab nak cuci usus. *sound so good*. lately, sistem penghadaman aku terganggu la.

apa kebaikan teh ni?
1. mengurangkan berat badan serta mengekalkan bentuk badan ideal *bonus*
2. menyingkirkan toksin dalam badan serta melancarkan penghadaman
3. meningkatkan imuniti badan
4. menaikkan seri wajah *bonus extra*
5. membaiki sistem dalaman tubuh

apa kata kita cuba ramai-ramai? selain dari makan VCO, kita minum teh Clenx ni, kita amalkan pemakanan yang sihat, kita bersenam, kita jaga emosi, kita tengok berat kita balik 43 macam dulu tak! jom!

Cubalah untuk Setia

assalamualaikum

bercinta memang payah. apatah lagi kalau tak berada dalam kawasan yang sama. bila masing-masing sibuk, bertambah susah la nak cari masa untuk berjumpa.

tapi, adakah itu alasan untuk tidak setia?

bila kita terasa macam diabaikan, rasa dilupakan, ingatlah balik susah payah yang kita dan dia pernah lalui. contohnya gangguan orang ketiga dan gaduh sebab pakwe makwe lama. takkan hanya sebab masalah kurang sempat berkomunikasi boleh dijadikan alasan untuk tidak setia? tambah-tambah kalau sebab dia bekerja.

kalau macam tu, takde nilai langsung air mata yang pernah menitis sebab bergaduh dulu.

kita pernah bersedih sebab dia sedih. kita selalu gembira bila dia menyampaikan berita gembira. tapi yang perlu kita fikirkan, siapa insan yang selama ini mendengar keluhan dan rungutan kita selain mak abah kita? kadand-kadang bila kita gaduh dengan kawan kita, siapa yang menasihatkan kita agar bersabar? bila kita dapat pointer bagus, siapa sanggup datang jauh-jauh untuk belanja kita makan? bila kita sakit, siapa yang selalu mesej kita selang setengah jam hanya mahu bertanyakan sama ada kita dah makan ubat ke belum?

adakah tu tak cukup lagi untuk kita bayar hanya dengan kesetiaan dan kejujuran?

janganlah berpaling tadah hanya kerana kurang masa untuk bersama. kalau alasan dia sedang berpoya-poya atau memang dia sedang abaikan kita, itu boleh kita fikirkan sama ada kita atau dia yang angkat kaki dulu!


bukan mudah untuk membina kepercayaan. kita kena ingat, kita terima dia sebab kita yakin dan percaya pada dia. tak semua orang kita percaya. ada sesetengah tu, kita suka.. tapi kita tau kita tak ada masa depan dengan dia. sebab tu kita tak pilih untuk berada di sisi dia..

jangan sampai satu hari nanti, disebabkan kesilapan yang sedikit, kita tersilap pilih 'insan ketiga' tapi sebenarnya dia tak mampu bahagiakan kita sebagaimana yang pertama..

jangan pernah mulakan bibit cinta dengan insan lain bila masa kamu terikat dengan yang lain.

kepercayaan umpama sehelai kertas. bila sudah dinodai, ia seperti direnyuk-renyuk dan takkan pulih seperti sedia kala.
dia mungkin masih terima kita, bila dah kantoi, tapi kemesraan tu mungkin takkan sama. dan kita akan kekal hidup dengan rasa bersalah.
waktu tu, macam Siti Nurhaliza cakap dalam lagu Bisakah, semuanya takkan berguna lagi
pernah kuterasa ingin membawa
cinta yang terlara ke titik mula
kembali mencuba untuk kali kedua
menggilapkan gerhana jiwa

pernah kuterasa ingin merayu
pada kasih dulu pulang padaku
lupakan dosaku, putihkan kelabu
hilangkan amarahmu, namun..

bisakah yang terpadam dinyala
biasakah yang terhina dicinta
walauku himpunkan sesalku
bisakah terbuka kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku SemulaNamun…

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu


jangan pernah berubah. kalau dah jumpa yang baik, jangan lepaskan..




Sling Denim Bag Giveaway

assalamualaikum



untuk terus ke blog penganjur, klik pada gambar!

August 13, 2011

Baca ni Kalau Korang Kidal!

assalamualaikum

Selamat Hari Kidal Sedunia kepada semua readers yang kidal macam saya!


ye. kita adalah unik. macam yang pernah aku cerita dalam  entri ini, kita adalah individu unik dan tak perlu malu sebab kita kidal. well, masa kecik-kecik dulu memang aku malu sebab aku kidal. aku berusaha untuk menulis dengan tangan kanan. tapi hakikatnya tak berjaya sebab ALLAH ciptakan aku untuk menjadi individu yang kidal.

macam hampa-hampa jugak!

dulu, masa cikgu suruh angkat tangan kalau nak jawab soalan, otomatik aku angkat tangan kiri. cikgu akan cakap, "Qirah.. angkat tangan guna tangan kanan... tangan kiri nampak tak sopan.."

nak buat macam mana kalau memang dah kidal kan?


sekarang, cikgu Qirah mengajar guna tangan kiri! takpelah. yang penting ilmu itu berkaattt.. haha


pegang barang guna tangan kiri..


makan minum tangan kiri..


menulis? kompemla tangan kiri..


bila nak posing, tangan kiri memang main peranan!

tiapkali aku nak buka pintu guna kunci, mak seronok sungguh tengok aku. pastu gelakkan aku sebab tangan aku nampak macam terkehel. tiapkali tu jugak aku rasa sedih.

lagi aku sedih bila lecture. aku betul-betul rasa hilang semangat nak belajar sebab meja dia di sebelah kanan. aku rasa macam didiskriminasikan. haha


penciptaan ni la yang aku rasa paling jahat untuk orang kidal!


apapun, bersyukurlah seadanya. saya bangga jadi individu kidal!

Giveaway Ogos Tinidewi

assalamualaikum


jom join GA Tinidewi! hadiah lumayan baq hang! hadiah yang ditaja oleh Tenun Kapas ni adalah seperti berikut:

 jom serbu!

Syieda_Joy 1st GA


klik gambar untuk ke link GA owner-nya

cepat join! dapat topup RM10 untuk 15 orang tau!

August 12, 2011

GiveAway: Saya Suka Doodles by Belog Cik Zety

assalamualaikum


untuk cik Zety, saya suka doodle belog cik zety kerana saya sendiri tak reti berdoodles. bernoodles saya tau la. sobsobsob. doodles ni seni jugak, makanya, barangsiapa yang tahu seni berdoodles dialah insan paling terer sekali. hua.

saya dah lama teringin nak buat doodle sendiri. almaklumlah pemalas campur tak kreatif.. doodle macam biasa tinggal noodle la. jadi cik zety..boleh buatkan untuk saya? pliss...

kawan-kawan, jom kita serbu blog cik zety mintak doodle ramai2!

kat mana??

SINI!!

HusnaLana, As Eleyana dan Lina Mastura, anda ditag!

Untungnya ada abang!

assalamualaikum

hampa yang tak ada abang jangan jeles bila baca entri kali ni. dalam banyak2 tahun aku hidup dengan ada sorang abang, hari ni aku rasa paling seronok!

kenapa?

masa aku kecil, mak selalu cerita yang abang aku, Bampik, selalu cari pasal dengan aku. dan aku suka gigit lengan dia sebab dia jahat. takpun aku selalu conteng gambar dia. takpun aku selalu buang angin beskal dia.

ishk.

bila aku 6 tahun, aku, dia dan kakak aku, 3 beradik mula sepakat. main roda impian la, teka silangkata la, BINGO la, taik kambing la... macam2! paling glemer main orang batu. masa tu rasa sangat heaven ada kakak dan abang. nak apa2 sikit, mesti depa bagi. 

tiapkali balik rumah tok, kami dan sepupu sepapat mesti p Gua Kelam. aku akan bonceng beskal abang aku. dia suka menyanyi pastu suruh aku jadi background singer. kalau aku takmau, dia ugut nak tinggal aku dalam hutan getah. jahat. 

bila dah besar sikit, dia dapat offer masuk UIA. jumpa piun jarang-jarang sekali sebab aku masuk SMSAH. pastu bila habis belajar, dia jadi Pegawai Pemantau Harga kat Kangar. masa tu aku pekena habis. nak pi mana-mana dia kena bawak. nak makan apa pun habaq ja. petang tu mesti dapat. haha. seronok kan ada abang!

setahun kemudian, dia dapat offer jadi wartawan Utusan Malaysia. pastu sekarang bertugas kat Terengganu pulak. tapi sifat yang tak boleh kikis, kedekut nak beli barang. sampaikan birthday kami pun dia bagi barang percuma yang dia dapat masa pergi majlis untuk buat liputan ja. sobsobsob

tapi tadi, aku chat dengan dia. aku cakap, nak beli kereta atau moto. dia cakap, lepas dia kawen hujung tahun ni, bolehla dia support (wajibla. gaji beribu nak hulur kat sapa lagi. haha). aku seronok. dia cakap, kalau balik rumah selalu, dia kira halal. kalau jarang balik rumah, kena bayar balik!

takpe. aku balik rumah tiapkali hujung minggu ha! haha. lagipun aku aim kereta kecil je. takut diri sendiri tak nampak depan sebab rendah. sobsobsob. dont worry bro. esok jugak aku daftar lesen kereta!

hoorrrayy!

sebelum hujung 2012, i'll have my own car!

insyaALLAH

aku kan abang.. haha


kan aku cakap yang dia suka menyanyi. haha. muka tak tahan...!!! haha
sori. taken. bulan duablas ni aku dapat kakak ipar sulung. haha. kak shida baik woo!

2 kilo ikan temenung untuk apa?

assalamualaikum

semalam pegi pasar malam. agaknya sebab peniaga kalut nak tutup gerai, depa jual ikan temenung sekilo RM2 je. segar-segar lagi. aku pun apa tunggu, terus bedal 2kg sebab cadangnya nak buat laksa. boleh sedekah kat jiran-jiran sikit. ritu bagi cucur cempedak je. entah sedap entah tidak.

*kenapa agaknya nama dia temenung? lepas makan, manusia akan jadi termenung ke apa?

okay. pastu aku pegi yawata, pasaraya termewah di abad ni. aku terus ambil cabai kering dan sebungkus laksa serta bunga kantan. berkobar-koba dah ni! bila turn aku nak bayar, baru aku teringat something. terus terbantut niat aku nak buat laksa..

rumah aku mana ada periuk besar!

ah.

terus aku letakkan balik laksa tadi.

ce bagi idea, apa boleh buat dengan ikan 2kg ni? hujung minggu depan rumah akan kosong terus sampai habis cuti raya. kami ni jenis sekali makan, ikan sorang sekor je. sambal dah pernah buat, asam pedas penah, masak kicap penah, apa lagi ek? masak cuka? gulei? oh. takde santan. goreng celup dah la kan. nanti ratah cicah sos

Kontest Menang Duit Raya

assalamualaikum

kembali bersiaran.

mood raya semakin terasa bila join Kontest Menang Duit Raya yang dianjurkan oleh Puanbee.com

buat pengetahuan korang jugak, Puanbee.com jugak ada menjual salah satu produk Catalyst iaitu VCO. apa kelebihan VCO ni?

VCO - virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO keluaran Catalyst ialah menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sbg supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ia dpt mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

Kebaikan & Khasiat Minyak Kelapa Dara / VCO

Kecantikan Luaran


  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran UV 

Kecantikan Dalaman

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada prankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporisis
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
  • Melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain

Membunuh Virus, Bakteria & Kulat
  • Membunuh Virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas, dan infeksi yang lain) serta membunih cacing pita, lice, giardia dan parasit

Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit ulit pada kemaluan
  • Merawat Keputihan

Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh
  • Melegakan Pernafasan
  • Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil 
  • Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh
  • Memusnahkan Organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa(cacing) Di dalam Usus Besar dan Kecil

  • Mengurangkan Keadaan Mudah Lapa
  • Mengurangkan Kandungan Lemak
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
  • Mempercepatkan Penggantian Sel-Sel Mati

nama dia je Kelapa Dara tapi lelaki pun boleh amalkan tau! so apa lagi, dapatkan sebotol hari ni :)




jom, join ramai2!



ABDUL FARIQUE : SAYA NAK TUKAR TEMPLATE SAYA!

assalamualaikum



kenapa saya nak tukar template saya?

1. tengokla keserabutan blog ni especially tab kat atas tu. teringin nak buat tapi apakan daya, takat tu je kemampuan diri..

2. raya pon bertukar baju, template blog pon kena tukarla. dah setahun lebih guna template simple je.

3. template sedia ada ni takde cute icon kat sidebar ngan shoutbox. nak buat sendiri renyah!

4. orang nak bg free, terima dengan senang hati :)

5. nak template yang matang sikit. haha

ohh. komen tentang blog AbdulFarique.com?

okay. to be frank, ni antara blog blogger lelaki yang aku baca selain Zack Zuhairi, The Other Khairul dan lain-lain. kenapa? sebab penyampaian dia berbeza dari kebanyakkan blog lain. aku jugak suka design blog dia yang kemas dan tak serabut. widget-widget yang tersusun kemas di sidebar..good!

the best thing is, shoutbox dia appear terus kt heade, tak payah kita susah payah nak cari dah. hehe


Husna Lana, As Eleyana dan Nafhatun, anda ditag!

Harga Runtuh, VCO serendah RM35.00!

Assalamualaikum

sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ni, aku dan classmates sedng mengadakan jualan sempena program usahawan muda merdeka. korang boleh like page ni Merdeka Sale untuk melihat banyak lagi barangan yang kami tawarkan. semuanya murah aje!

bagi promosi gempak kali ni, kami menawarkan sesuatu yang tidak ditawarkan oleh peniaga lain. kalau VCO di tempat lain berharga RM39.90, kami menawarkan anda satu penjimatan berganda. dapatkan VCO dari kami dengan hanya RM35.00!

korang jugak boleh berhubung terus dengan aku di blog ni bagi mendapatkan VCO ni. promosi akan berlangsung sehingga 16 September 2011.

grab now!

kebaikan VCO ni:


Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

VCO ada 2 jenis. Ada yang liquid dan ada yang softgel.Â
Yang saya utarakan ini ialah VCO soft gel.

VCO softgel paling laris sebab senang nak telan dan boleh apply ke whole face. Means if beli VCO ni memang tak rugi sebab boleh digunakan secara 2 in 1. Kalau VCO yang liquid tu memang tak ramai yang sanggup beli sebab tak tahan dengan bau dan rasa dia. Kalau soft gel ni memang takde bau ape2 pon :) Telan dan ngap ngap je terus! :)


KEBAIKAN VCO

Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
Melindungi tubuh daripada kanser.
Jerawat cepat susut
Regular semula PMS anda
Sistem penghadaman lebih baik
Kesuburan
Mengurangkan up to 70%
Kurangkan rasa senggugut
Batuk dan Selsema cepat hilang
Mengurangkan tidur berdengkur

Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah bjaya hamil. Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek. Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.


Persoalan-persoalan yang sering ditanya mengenai VCO

Lelaki boleh makan jugak ke?

Yup! Lelaki pon memang boleh makan. Lelaki dan Perempuan memang digalalakkan makan VCO ni as suppliment :)

Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa soft gel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni?Â

Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi semenanjung dan RM43.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Dalam satu botol ada 60 kapsul soft gel dan boleh tahan selama sebulan :)

VCO nih sesuai dengan semua peringkat umur ke?

Of course semua peringkat umur digalakkan makan VCO ni. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua. Umur 8 tahun pon ada yang makan.


Bagaimana cara pengambilan/pemakanan VCO ni ?

Boleh digunakan dengan 2 cara. 2 in 1  :)
Makan dan Sapu di muka

- 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan.
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

-Lagi satu, boleh disapu kat muka. Lubangkan siket guna jarum dekat softgel tuh then apply kat muka. Kalau boleh wat before nk tido malam tuh.Kalau nk biarkan smpi pagi terpulang la..Tp 15 minit pon dh ok..kasi die serap kat kulit muka...tp utk kulit sihat n cntek,better mkn n sapu laa  :) Yang penting, pengambilan VCO untuk makan 2 biji kapsul setiap hari jangan pernah skip. Amalkan.Â

Tak bertambah berminyak ke bila sapu soft gel nih dekat muka?

Tidak. Cuma ianya oily bila sapu dekat muka je. Then, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita tuh :)Â

Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO nih, akan bertambah kurus lagi ke?

Tak :) If u da kurus, dun worry takkan lagi kurus after makan sebab metabolisme dah tggi. Cume yang utk metabolisme rendah je die akan naikkan. So dun worry ok!Â

Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni?Â
Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi. Depends :)

Halal ke VCO ni?

VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

credit to Pu3shahreena

fyi, majoriti girls kelas aku memang amalkan VCO. hikhikhik

August 11, 2011

1st Anniversary Giveaway + Lucky Draw Contest

dimulakan dengan lafaz Assalamualaikum.

tertarik dengan GA kali ni sebab hadiah dia sangat lumayan!


dianjurkan oleh LoveBagLoveBag, jom kita tengok apa hadiah yang ditawarkan!


ada 3 cara untuk menyertai GA ni iaitu penyertaan di Facebook, blog dan pembelian beg di LoveBagLoveBag
korang berminat? tak teringin beg raya baru ke? kalau nak join, jom terjah ramai-ramai di sini


Bayangkan kalau di mana saja kita berada, kita dikelilingi ular!

assalamualaikum.

sebenarnya aku geli nak bercerita tentang haiwan yang tak berkaki dan kebanyakkannya berbisa ni. tengok gambar pun aku dah rasa nak muntah. tapi bila pensyarah subjek Biology tadi cerita pasal kehidupan dikelilingi ular ni, aku tertarik untuk berkongsi.

di Guam, sebuah pulau peranginan yang sememangnya ada manusia, juga terpaksa berkongsi tempat dengan ular! bayangkan saja, populasi ukar ni dah meningkat hampir 3300 ekor dalam 1 batu persegi. bayangkan, bukak je peti ais, ular tengah senyum kt kita. bukak pintu rumah, ular tengah jaga gate. keluar tinggal rumah, ular tengah babai. bukan setakat kawasan perumahan, lapangan terbang, hotel.. semua dia ambik port!


bukannya jauh pon..

sebenarnya ular-ular ni bukannya berasal dari Guam. depa masuk secara diam-diam ke dalam kapal perang AS masa perang dunia kedua. see, betapa bijaknya ular-ular ni!

yang aku nak highlightkan di sini bukannya kebijaksaaan ular tapi kealpaan manusia. dek kealpaan tu la, manusia di Guam hidup dengan 3000 ular dalam 1batu persegi. disebabkan populasi ular ni yang melampau jugak la, hanya tinggal 2 spesies burung di Guam. manusia? hidup dalam ketakutan dan kegelian yang maha dahsyat!

chakkkk!