Friendly Friends

July 1, 2011

Nyonya sudah tiada

assalamualaikum

nyonya ni suka pakai kain batik dengan baju bunga-bunga. rambut pendek, mungkin kerana dah tak larat nak menjaga. tapi mata dia masih celik dan badan masih sihat walau umur dah senja.
tiap-tiap pagi dia akan bonceng moto anak dia ke pasar nak beli ikan. tiap-tiap petang dia akan cedok air dalam parit depan rumah untuk siram pokok bungan kesayangan dia. lepas tu dia akan sangkut gayung kat pokok jejarum.

ye. aku membesar dengan pemandangan tu.

umur nyonya dah 78 tahun, kawan baik arwah tok. sebab tu abah tak pernah lupa untuk beri juadah hari raya kami untuk nyonya. nyonya pun, tiapkali dia beraya, kami akan terima buah limaunya.

Isnin lepas.. nyonya sudah tiada. anak nyonya meraung kuat. 5 hari 5 malam mayat nyonya diletakkan dalam long luar rumah dan kumpulan sami datang buat upacara untuk nyonya.

" Testing testing 1,2, 3. nyshrkds4lrds0ggfdrhdhsakedm *bahasa siam yang tak dapat difahami.*"

selepas itu berkumandanglah nyanyian sami untuk nyonya.

seluruh kampung bersedih dengan pemergian nyonya.

1 comment:

uyaitusaya said...

asal uya rasa sedey sama nih??