Friendly Friends

July 31, 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!

assalamualaikum.

berdebar hati membayangkan betapa cepat masa beredar. 

syaaban pergi meninggalkan kita, 
ramadhan mulia datang menjelma
hati syukur penuh teruja
semoga ramadhan kali ini sempurna.

amin.

syaitan sudah dirantai. tinggal kebijaksaan kita mengawal nafsu yang tak pernah puas. marahkan diri sendiri tadi sebab belum mula berpuasa lagi, sudah turutkan nafsu makan. bungkus KFC, makan nasi ayam dan laksa. sangat melampau. Shaqirah, belajarlah bersyukur dan bersabar. semoga ramadhan kali ini berjaya mendidik seorang hamba ALLAH yang sering lupa diri ini.

ramadhan kali ini juga akan mendidik diri menjadi wanita sejati. bangun awal pagi menyediakan sahur untuk sekeluarga, rakan serumah sebenarnya. semoga mendapat keberkatan, insyaALLAH


buat kamu, kamu dan kamu, semoga ramadhan kali ini bererti. semoga kita sama-sama dapat keberkatan, semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. amin

jom tarawikh!

No comments: