Friendly Friends

July 31, 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!

assalamualaikum.

berdebar hati membayangkan betapa cepat masa beredar. 

syaaban pergi meninggalkan kita, 
ramadhan mulia datang menjelma
hati syukur penuh teruja
semoga ramadhan kali ini sempurna.

amin.

syaitan sudah dirantai. tinggal kebijaksaan kita mengawal nafsu yang tak pernah puas. marahkan diri sendiri tadi sebab belum mula berpuasa lagi, sudah turutkan nafsu makan. bungkus KFC, makan nasi ayam dan laksa. sangat melampau. Shaqirah, belajarlah bersyukur dan bersabar. semoga ramadhan kali ini berjaya mendidik seorang hamba ALLAH yang sering lupa diri ini.

ramadhan kali ini juga akan mendidik diri menjadi wanita sejati. bangun awal pagi menyediakan sahur untuk sekeluarga, rakan serumah sebenarnya. semoga mendapat keberkatan, insyaALLAH


buat kamu, kamu dan kamu, semoga ramadhan kali ini bererti. semoga kita sama-sama dapat keberkatan, semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna. amin

jom tarawikh!

July 27, 2011

1st

Don't judge me based on your perception , your jealousy or what you would do . I don't live my life for you .

July 18, 2011

blurrpp blurrpp

assalamualaikum

ah. another quick update! okay okay. tadi pertama kali aku bawak moto di jalan negeri Kedah ni. teruja dan sangat eksaited!
pastu kan pastu kan, semuanya mengujakan! tapi tak tau macam mana nak habaq mai




July 11, 2011

Kain untuk dijual











setiap sepasang ( 4 meter) hanya RM40 termasuk postage! kain chiffon, sejuk dan sedap dipakai. email saya di shaqirah_blue90@yahoo.com atau mesej di 019-5219267

July 1, 2011

Nyonya sudah tiada

assalamualaikum

nyonya ni suka pakai kain batik dengan baju bunga-bunga. rambut pendek, mungkin kerana dah tak larat nak menjaga. tapi mata dia masih celik dan badan masih sihat walau umur dah senja.
tiap-tiap pagi dia akan bonceng moto anak dia ke pasar nak beli ikan. tiap-tiap petang dia akan cedok air dalam parit depan rumah untuk siram pokok bungan kesayangan dia. lepas tu dia akan sangkut gayung kat pokok jejarum.

ye. aku membesar dengan pemandangan tu.

umur nyonya dah 78 tahun, kawan baik arwah tok. sebab tu abah tak pernah lupa untuk beri juadah hari raya kami untuk nyonya. nyonya pun, tiapkali dia beraya, kami akan terima buah limaunya.

Isnin lepas.. nyonya sudah tiada. anak nyonya meraung kuat. 5 hari 5 malam mayat nyonya diletakkan dalam long luar rumah dan kumpulan sami datang buat upacara untuk nyonya.

" Testing testing 1,2, 3. nyshrkds4lrds0ggfdrhdhsakedm *bahasa siam yang tak dapat difahami.*"

selepas itu berkumandanglah nyanyian sami untuk nyonya.

seluruh kampung bersedih dengan pemergian nyonya.