Friendly Friends

June 2, 2011

Mood Bercuti

assalamualaikum

bukan aku yang bercuti. family aku yang lain. mak aku ke Melaka. abah kakak dan adik bongsu aku ke Johor. adik bawah aku ke Terengganu. aku? melapuk di rumah.

tadi melamun tepi rumah masa hujan renyai. rasa macam aman je layan impian. bayangkan aku tiba-tiba dapat RM100 000 aku nak bawak mak abah tunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci. pastu nak besarkan rumah. pastu nak beli myvi pink sebijik. pastu.. pastu.. pastu..

bila dah kaya, aku nak beli handphone baru sebab yang sekarang ni sound dia uzur benar. pastu aku nak buka akaun tabung haji untuk setiap family aku dan masukkan RM1000 seorang. pastu aku nak tunaikan impian orang tersayang setakat yang terdaya. pastu nak kawen. haha

pastu aku tersedar bila kucing kesayangan aku, si Kenit kuis baju aku sambil mendongak temgok aku. buat muka blurr. cehh. menganggu!

p/s: takziah buat keluarga sahabat tersayang, Wani ( SMSAH dan PLKN Tasoh) atas pemergian ayah tersayang. sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. tabah, teruskan hidup dan berdoalah semoga urusannya dipermudahkan dunia akhirat. amin..

al-fatihah

No comments: