Friendly Friends

June 2, 2011

Menjengah Alam Kedewasaan

assalamualaikum

lama betul aku tak update. biasala. nama pun bercuti. paper Fizik sangat menguji minda. Anatomy apatah lagi. nama pun Qirah.. pemalas membaca..

habis je exam, aku dan housemates melapangkan diri untuk mencuci rumah dan mula mengangkut barang ke rumah sewa kami. Alhamdulillah. dapat rumah yang strategik dan buat masa ni rasanya takkan letih kalau nak berjalan kaki ke kampus sekalipun. 



rumah ni terletak di corner lot. Alhamdulillah mudahla nak bercucuk tanam pokok-pokok untuk masakan macam serai dan pandan. dengan bayaran RM400 sebulan dengan kemudahan televisyen, peti ais, kusyen dan meja makan serta sebuah meja kecil. dapur gas pun ada. Alhamdulillah. tuan rumah pun baik. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan.

menjengah ke alam dewasa, bersyukur diri ni dah mencecah umur 21 tahun 20 Mei lepas. semoga bertambah kematangan diri dan iman, amin.

No comments: