Friendly Friends

June 22, 2011

Persimpangan Dilema

assalamualaikum

ada sesetengah persoalan tentang kehidupan yang sebenarnya kita sudah tahu jawapannya. ada juga kita sudah nekad untuk teruskan sesuatu keputusan tapi tak cukup kuat untuk teruskan. semuanya bergantung pada hati dan akal.

kalau soal cinta, kadang-kadang tu kita kena akur yang tak semestinya perasaan kita akan terbalas. maknanya, untungla sapa-sapa yang tak bertepuk sebelah tangan. tapi kalau dah terlalu lama menunggu tanpa jawapan, kenapa mesti bekukan hati lagi?

tak salah kalau nak tunggu jugak. tapi kalau kita yakin dia ada perasaan kat kita tu memang tak salah. tapi kalau dia dah cakap kita ni kawan je, kenapa nak berjuang lagi?

berdoalah. mohon dari Allah untuk dikuatkan hati dan iman. Dia sudah mengatur yang terbaik!

*menjawab persoalan seseorang. kesimpulannya, tak payah la tunggu-tunggu lagi. sorang tak nak, ramai nak lagi..

pasal aku? nak cerita sikit. malas nak tulis entry baru

good news! pipi apam dah surut sikit! :)

June 19, 2011

Cepat

assalamualaikum

oh aku kena taip cepat-cepat. asiah dan lain-lain, tolongla.. jangan rindu aku. haha. aku takleh online selalu sebab baru pindah rumah baru. hidup tak berapa nak stabil lagi since elaun pun tak masuk lagi. still bergantung duit mak abah abang kakak. haha. gpun, dalam proses nak adapt ni, kena berjalan ke kelas. haha. slim gitu!

mulanya aku rasa down jugakla. beratkan kepala.. fikir kalau panas kalau hujan kalau kena bawak alat bantu mengajar, macam mana? tapi insyaALLAH aku yakin rahmat ALLAH itu besar dan luas. aku tak nak mengeluh dan merintih lagi. ujian ALLAH datang untuk menguji kekuatan kita. DIA takkan uji kalau kita tak mampu. biarla aku bersusah sikit, barula nanti tahu menghargai nikmat.
mak selalu cakap, kita selalu mengeluh bila apa yang kita nak kita tak dapat. tapi kita lupa nikmat lain yang lebih besar dah lama kita miliki. kita mengeluh kita takde duit, tapi kita tak pernah berhenti sejenak untuk berfikir, walau takde duit, kita tak pernah keputusan makanan. 

shaqirah kena sabar. 

bukan ke ALLAH sayang hambaNYA yang tahan diuji?

bukan ke ada nikmat dalam ujian?

shaqirah kuat.. betul tak asiah dan as dan shiela?

babai semua. sekarang aku online atas ihsan housemate. internet aku tak bayar bill lagi. kena gantung. haha. babai love u all!

June 2, 2011

Mengapa Dirindu



Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

assalamualaikum. dah lama aku cari lagu Uji Rashid ni. pertama kalu dengar masa tengok cerita Man Laksa masa rombongan budak-budak PMR SMSAH ke Lembaga Penapisan Filem. aku suka lirik dia dan tercari cari tapi hanya lepas 5 tahun baru jumpa!

Mood Bercuti

assalamualaikum

bukan aku yang bercuti. family aku yang lain. mak aku ke Melaka. abah kakak dan adik bongsu aku ke Johor. adik bawah aku ke Terengganu. aku? melapuk di rumah.

tadi melamun tepi rumah masa hujan renyai. rasa macam aman je layan impian. bayangkan aku tiba-tiba dapat RM100 000 aku nak bawak mak abah tunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci. pastu nak besarkan rumah. pastu nak beli myvi pink sebijik. pastu.. pastu.. pastu..

bila dah kaya, aku nak beli handphone baru sebab yang sekarang ni sound dia uzur benar. pastu aku nak buka akaun tabung haji untuk setiap family aku dan masukkan RM1000 seorang. pastu aku nak tunaikan impian orang tersayang setakat yang terdaya. pastu nak kawen. haha

pastu aku tersedar bila kucing kesayangan aku, si Kenit kuis baju aku sambil mendongak temgok aku. buat muka blurr. cehh. menganggu!

p/s: takziah buat keluarga sahabat tersayang, Wani ( SMSAH dan PLKN Tasoh) atas pemergian ayah tersayang. sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. tabah, teruskan hidup dan berdoalah semoga urusannya dipermudahkan dunia akhirat. amin..

al-fatihah

Beza Cuti Hujung Minggu Dengan Cuti Semester

assalamualaikum


cuti hujung minggu: 

- mak, kak Qirah teringin la nak makan laksa..
- okeyla. esok mak buat. suruh kakja beli ikan lebih

cuti semester: 

- mak, kak Qirah teringin nak makan kueteow sup siam la..
- kira makan ja.. manalah badan tu tak naik??

cuti hujung minggu: 

- mak, dahaga..
- kakja, tolong bancuh oren kat Qirah! kesian kat dia balik penat-penat

cuti semester:

- sedapnya kopi mak... mintak sikit
- amboi, dahla tak bancuh kat mak. mintak air mak pulak tu!

ada diskriminasi percutian di sini!


Happy

assalamualaikum

lama tak jumpa amir. baru-baru ni, sempat juga meluangkan masa berjalan-jalan dan berkelah. seronok!







oh rugi. gambar tak cantik. tapi puas hati sebab dapat makan strawberri dan ayam bakar sebelah ekor dan sushi!

p/s: my parents kirimkan sekotak mempelam harum manis untuk mak dia la! haha

Menjengah Alam Kedewasaan

assalamualaikum

lama betul aku tak update. biasala. nama pun bercuti. paper Fizik sangat menguji minda. Anatomy apatah lagi. nama pun Qirah.. pemalas membaca..

habis je exam, aku dan housemates melapangkan diri untuk mencuci rumah dan mula mengangkut barang ke rumah sewa kami. Alhamdulillah. dapat rumah yang strategik dan buat masa ni rasanya takkan letih kalau nak berjalan kaki ke kampus sekalipun. 



rumah ni terletak di corner lot. Alhamdulillah mudahla nak bercucuk tanam pokok-pokok untuk masakan macam serai dan pandan. dengan bayaran RM400 sebulan dengan kemudahan televisyen, peti ais, kusyen dan meja makan serta sebuah meja kecil. dapur gas pun ada. Alhamdulillah. tuan rumah pun baik. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan.

menjengah ke alam dewasa, bersyukur diri ni dah mencecah umur 21 tahun 20 Mei lepas. semoga bertambah kematangan diri dan iman, amin.