Friendly Friends

May 9, 2011

Terbaik dari Perlis: Mempelam Harum Manis

assalamualaikum

sudahlah harum, manis pulak tu! memang terbaik.

bukan sebab aku orang Perlis, kalau aku orang negeri lain sekalipun, mempelam harum manis tetap terbaik untuk tekak aku.

rasa dia yang manis, bau dia yang harum, tekstur dia yang lembut..aduhai..memang cair. tapi jangan jeles sebab pokok ni hanya tumbuh subur di negeri Perlis. ladang  dia pulak terletak hanya 1 kilometer dari rumah aku. pastu sekarang ni, depa ambik lagi satu tanah kosong sebelah ladang tu dan tanam lagi pokok. kiri kanan jalan pulak ada banyak gerai mempelam harum manis.


tahun ni, harga bagi sekilo mempelam harum manis mencecah kira-kira RM12 bagi gred super A tapi disebabkan kualiti dan kemewahan rasa tu, ramai yang tak nak lepaskan peluang.

abang aku yang duduk terengganu pun bawak balik mempelam harum manis untuk kawan-kawan dia sebab depa teringin nak rasa.

boleh dimakan saja, memangla, takpun dimakan dengan pulut yang telah digaul sebati dengan santan. memang terangkat habis!

kalau nak rasa sendiri, boleh berkunjung ke Ladang Harum Manis, Jalan Bukit Bintang, Abi Pokok Jawi, Kangar Perlis. kalau ke depan lagi, korang akan sampai ke ladang anggur, ke depan lagi, jumpa air terjun Bukit Ayer, ke depan lagi, masuk Thailand. haha

percutian lengkap secara agro di Perlis!

* ada sapa-sapa nak kirim harum manis? hehe

3 comments:

juelee said...

nak kirimmm boleh.. dulu masa peknen mengidam nie la.. tak dapat tu yg anak skang menjejeh je ayer liur

iduraz said...

alamak, terliur akak tengok harum manis tuh, aritu ada kwn dari perlis dtg bwk mai kl syoknyer akak makan..sangatlah sedap!

Harum Manis said...

org2 yg jauh dari Perlis mai oder kat sini...http://harummanis.webs.com/........selagi stok masih ada......:D