Friendly Friends

May 11, 2011

Pelan Kewangan Cara Pokai ( untuk pelajar)

assalamualaikum

aku pokai. hang pokai. tambah-tambah hujung semester dan awal semester masa elaun tak masuk lagi dan bila elaun dah habis. pokai dan student life ni adalah satu perkara sinonim yang kalau dipisahkan, tak mencabar la zaman kita belajar ni. tapi kalau berjaya kita pisahkan kita, kita memang hebat!
jadi macam mana mahu pisahkan? macam mana mahu jadi pakar kewangan diri sendiri yang hebat?

1. simpan syiling
kita tend untuk berbelanja besar bila ada duit-duit kertas dalam purse kan? kadang-kadang tu, malu nak longgokkan sejumlah syiling kat kaunter bayaran. kononnnya nampak pokai. so, langkah terbaik adalah menyediakan satu tabung untuk kita simpan syiling. langkah kedua ialah elakkan guna washing machine sebab dia guna syiling. menabung untuk masa depan. walau 1 sen, dia tetap ada nilai sebab dia masih duit!
aku ada tabung kat hostel ni. pastu tiapkali balik rumah, aku akan masukkan duit-duit syiling ni dalam satu tabung besau aku iaitu tin biskut Jacob. aku simpan bawah katil. dan menurut perkiraan aku, sepanjang sem ni saja, Alhamdulillah, aku berjaya simpan hampir RM200 syiling! mak aku cakap, kumpul bagi penuh, pas 3,4 tahun, tengok dah penuh, boleh beli lembu sekor dan kahwin.

tula pemangkin semangat nak menabung! haha

2. bagi orang pinjam duit
tapi kena tengok peminjam jugak la. jangan bagi kat orang yang kita rasa payah nak bayar atau tak ada sumber duit nak masuk. tu maknanya menderma. menderma tu bagus tapi kalau kita pokai, senyu dan berfikir panjanglah dulu. baik kita derma makanan dari derma duit. betul tak? buat perjanjian hitam putih dengan dia. cakap bila kita nak dia bayar, sekaligus ata beransur-ansur. langkah ni selamat sebab bila duit kita makin menyusut, kita ada pengharapan!

3. berniaga
err. aku berniaga jugak. haha. aku pernah buat rojak, sandwich dan cocktail untuk dijual dari bilik ke bilik. rajin tak? haha. pastu aku jual barang katalog, dapat untung 20% untuk setiap barang. daripada kita goyang kaki saja, baik kita buat sesuatu untuk tambah duit. pastu aku tengah merancang dengan future housemates untuk buat nasi lemak, kuteow goreng, mi goreng dan makanan-makanan lain untuk dijual masa duduk rumah sewa nanti. tak masuk banyak, sikit pun jadi la. atleast boleh cover bil eletrik dan air pun dah Alhamdulillah. kan?

4. kawal nafsu bershopping
selalunya perempuan la yang gila shopping. nak up to date je selalu. tambah-tambah sekarang ni pakat rancak berniaga secara online...kakak kakak kita pun rancak je clik-to-buy. last-last, no-money-to-withdraw. hehe. adoi. tapi kadang-kadang, fesyen ni cepat bergerak. dulu zaman tudung bawal, pastu tudung ready-to-wear. sekarang shalwa shawl. shawl pulak macam-macam fesyen. kalau kita terkejar-kejar nak up to date, nanti ketinggalan zaman, tak ke membazir? maka bagi aku, tudung bawal tetap idola sepanjang zaman.

tu sikit la. nanti tambah lagi. hehe




2 comments:

Sang Pencinta said...

wah......huhuhuhu....dah follow......

NJihe.am said...

Salam singgah, thanks bg nasihat terbaik! Studioous.blogspot.com