Friendly Friends

May 4, 2011

The Magic of Science!

assalamualaikum

hari ni cikgu nak berkongsi satu magik tentang sains, yang sebenarnya adalah kuasa agung Allah Taala yang mencipta seluruh alam semesta. Bahan-bahan yang digunakan ialah:
Satu cawan tepung jagung
Setengah cawan air suling (air biasa pun boleh)
Pewarna makanan jika mahu 

Okay. Gaul bahan di atas dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah:

Okay. Apabila dah siap, anda akan dapati bahawa adunan tepung jagung ni berubah menjadi pepejal apabila berada dalam besen. Walau besen disengetkan, dia tetap dalam keadaan pepejal! Subhanallah..

Tapi sebaik sahaja kita angkat tepung tu, letak atas tapak tangan, tepung tu akan mencair. Lelehan tu akan masuk dalam besen balik tapi sekelip mata saja, dia akan berubah kembali menjadi pepejal!

Sungguh agung ciptaan Allah. Dia menjadikan molekul-molekul tepung jagung berbeza daripada tepung lain. Molekul tepung jagung lebih panjang dan besar, menjadikannya lebih mudah menggelongsor ketika tidak dikenakan sebarang tekanan semasa di atas tapak tangan. Selain itu, suhu badan kita sendiri mencairkan tepung itu di atas tapak tangan.

Hebat kan kuasa Allah?

Sebenarnya, ini antara demonstrasi eksperimen ringkas yang ditunjukkan kepada guru-guru dan murid-murid sekolah rendah dan menengah dari sekitar Jitra yang datang melawat sempena Ekspo Pameran Perdana. Kebanyakkan cakap, " wow!" dan tak berhenti main tepung tu. Selain itu, kami ada tunjukkan macam mana nak cucuk lidi ke dalabelon dan keluar semula tanpa memecahkan belon, bagaimana hendak menyusun 10 batang paku di atas sebatang paku yang ditegakkan serta bagaimana hendak memanaskan belon tanpa memecahkan belon tersebut. 

Di booth kawan-kawan lain ada tunjuk macam mana sehelai kain yang direndam dalam alkohol tidak terjejas langsung walau dibakar (sedangkan alkohol adalah sejenis bahan mudah terbakar), bagaimana hendak menjadikan sekuntum bunga kembang di dalam air, bagaimana hendak membuat bola daripada telur rebus, bagaimana hendak mengimbangkan sudu dan garpu di atas sebatang mancis di permukaan conical flask dan lain-lain lagi.

Thats make Science interesting!

 Bosan jaga booth sendiri, jom melawat booth gang Buding. Depa ada bagi coklat sedap untuk pengunjung bertuah!

 Haizum dengan gaya cikgu garang.hihihik

 Pakai lab coat pukul 12 tengah hari bukan satu pilihan. 

 Dengan sorang girl yang turut melawat booth kami. Dia n the gang buat persembahan tarian arab woo!

Okay. Ni dia backdrop buruk hasil kerja tangan cikgu Shaqirah sepenuhnya. Maaf. Printer habis dakwat. Terpaksa guna handwriting sepenuhnya!

Learning Science is fun!


*oh by the way, pertandingan Public Speaking tu dibatalkan dan akan dilangsungkan pada Julai nanti. What a great news!

No comments: