Friendly Friends

May 7, 2011

Macam tu la Manusia!

assalamualaikum

manusia memang banyak ragam. ada manusia yang sangat sensitif dan disebabkan dia sangat sensitif, kita cepat mengata dia ni emosional la, tak boleh dibawak bergurau la, tak reti buat lawak la, membosankan la...semuanya yang negatif tentang dia kita kata. tapi pernah ke kita ambil tahu kenapa dia jadi sensitif? pernah ke kita cuba fikir kenapa dia macamtu? mungkin dia ada masalah selama ni dan disebabkan tu, dia jadi peka dan sensitif. dia tak suka bergurau sebab hidup dia dah terlalu banyak diuji sampai dia dah tak mampu nak senyum. tapi kita? pernah ke kita cuba ambil tahu? tak. sebab tu kita terlalu cepat menghukum.

ada pulak manusia yang suka memerintah. semua benda di bawah kekuasaan dia sampai semua orang jadi malas nak bersuara. tapi jangan ingat yang diam tu suka menurut. kadang-kadang, diam tu sebab malas nak bergaduh, malas nak panjangkan cerita. oleh itu, jangan suka ambil kesempatan kalau orang diam. kalau ada kuasa, jadilah pemimpin yang disegani, bukan dikeji. tapi kalau takde kuasa, kita semua ni sama. jangan cuba memerintah. ramai yang tak suka daripada suka. kalau suka tu aku tak tau la nak kata apa. menurut tapi hati mengeji? oh. lagi. manusia hipokrit.

terselit juga manusia yang suka ambil kesempatan. yang suka menumpang kesenangan orang lain padahal diri malas nak bergerak, minda malas berfikir. kalau betul tak berdaya boleh juga diterima akal. kalau sempurna sifat? berdikarilah. tak semua benda senang nak dapat. kalau senang dapat, senang pulak dia pergi. kalau dah biasa senang, nanti takut tak reti bersyukur bila dapat ganjaran sekalipun sebab dah biasa senang.

jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. takut kalau tercampak ke daerah asing, tak reti nak survive. 

banyak betul aku membebel. sekadar menjadi pemerhati dalam dunia manusia yang setiap hari memakai tpeng yang berbeza. mana sebenarnya wajah yang sebenar?

2 comments:

J.Syazwana said...

kite golongan sensitif. cepat je nak nanges. hik hik :P

iLiAiSyAhkaDir said...

blaja kat jenan ke dulu? umah wira? muka familiar.. sorry kalau silap..