Friendly Friends

May 4, 2011

Kenapa Cornetto Dijadikan Simbol Cinta?

Assalamualaikum

Aku rasa, antara benda yang dijadikan simbol cinta ialah bunga (terutamanya bunga ros), cincin, teddy bear, dan mungkin jugak aiskrim. Tapi kenapa dalam banyak-banyak aiskrim, Cornetto jadi pilihan? Cornetto is a love perhaps. Makanya teruna, jikalau mahu memikat dara, bagila Cornetto. Sure dia suka hati.

Tapi kenapa Cornetto? Kenapa bukan ABC atau ais potong? Kenapa jugak bukan aiskrim Malaysia yang dalam plastik panjang tu? Adakah sebab Cornetto ni mahal dan mewah? So, adakah tu bermakna nilai cinta jugak berharga RM2.80 macam Cornetto? oh sangat mahalnya! Ais pop kan RM0.20 je sebatang...boleh patah dua siap!

Tapi kalau aku keluar dengan Amir, kami makan aiskrim biasa je pun. Tak rasa pun nak macam Cornetto. Tapi tu tak bermakna c_ _ _ a kami berharga RM1.50 macam aiskrim biasa tu. Tak..haha

Kenapa Cornetto ya?

Well, aku baru je makan Cornetto. Walau tengah kering, apa kata orang? Memanjakan diri ya..haha. Aku beli Blackforest sebab Chocoluv idaman dah habis. Rasanya boleh tahan. 

Sambil makan, aku fikir lagi, kenapa Cornetto? 

Tapi tetap takde jawapan!

Any idea?

Lagu tema iklan Cornetto:

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Ok. Lepas dengar lagu ni, aku rasa aku dah dapat jawapan! Lagu ni cakap, dia rasa susah nak dapat awek dia tu. Sebab dia takut dia bertepuk sebelah tangan. Mungkin situasi dia sama macam aku la..nak makan Cornetto tapi takut...risau..duit cukup ke ni? Yelah...sapelah aku nak makan Cornetto selalu. Dia kan mewah, elegen, dressing maut ah! Layak ke aku nak makan dia...

Tapi bila dah dapat, nikmatnya, sampai ke titisan darah terakhir! Kepuasan Cornetto tak sama dengan aiskrim lain. Betul tak? aww. Jatuh cinta lagi dengan Coretto!

No comments: