Friendly Friends

May 8, 2011

Jangan Beri Harapan Kemudian Mainkan

assalamualaikum

cerita terbaru bagaimana seorang siswi dibunuh akibat lamaran ditolak memang sangat menakutkan. aku terfikir, lelaki menjadi semakin ganaskan atau salah perempuan yang mungkin memainkan hati lelaki selepas memberi harapan?
kesimpulannya,berkawan boleh. tapi kalau kita dapat rasa bibit-bibit mula ada tapi kita tak ada perasaan dengan dia, jangan main api! dulu, kalau main api akan terbakar diri sendiri tapi sekarang, nyawa yang menjadi taruhan.

nyawa dah macam tak ada nilai. semurah cinta yang ditolak. aku tak backing perempuan tapi tak juga sokong lelaki. tapi bagi aku, kalau sampai berbunuh sebab lamaran ditolak, itu bukan cinta. itu obses namanya. kalau cinta, kita sanggup mengalah, beralah dan beransur pergi. kita akan doakan kebahagiaan dia. kita takkan buat sesuatu yang boleh merosakkan kebahagiaan dia, apatah lagi sampai sanggup berbunuhan. 

kenapa? berpegang pada prinsip 'kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat' la?

takutnya nak hidup dalam dunia sekarang. orang dengki dan tidak waras ada di mana-mana. tapi ramai jugak yang waras tetapi terlalu obses dengan cinta sampai sanggup buat macam-macam. hebatnya kuasa cinta!

ingat tak lagu cinta 3 segi? ala...yang kisahnya yang dengar-dengar sanggup berbunuhan sebab berebut perempuan tu la. aduhai. seram sejuk aku dengar. rasa macam nak hidup bawah tempurung aje. 

tapi katak pun ada yang mati sebab berebut pasangan untuk mengawan!

mungkin lelaki berkata: aku berikan hati aku. kau terima. kau beri aku harapan, tapi kau mainkan.



No comments: