Friendly Friends

May 3, 2011

Contest : Selamat Hari Ibu dari Joegrimjow

assalamualaikum

Wanita tercantik dalam hidup saya ini dilahirkan pada 10 Oktober 1960. Berdarah Kelantan tetapi dilahirkan di Perlis,  wanita tercantik ini yang saya panggil mak, hari ni boleh tersenyum bangga atas pencapaian hidup selama ini membesarkan anak-anak atas perkongsian hidup dengan suami tercinta.

Mak saya macam mak korang jugak. pandai masak,tak suka selerak dan suka minum kopi. Mak saya menjalankan gaya hidup secara militari kepada anak-anak mak, yang sebenarnya melatih saya menjadi anak gadis yang berdikari. Ni jadual yang mak aturkan kepada kami setiap pagi:

Hari Sabtu: Kakja basuh baju, Qirah memasak, Anis mengemas
Hari Ahad: Kakja mengemas, Qirah memasak, Anis basuh baju
Hari Isnin: Kakja memasak, Qirah mengemas, Anis basuh baju

Dan seterusnya..Anis tu adik perempuan bongsu saya.takleh harap sangat nak masak.

Kerja-kerja ketenteraan kewanitaan ni HARUS bermula pada waktu pagi dan MESTI ditamatkan sebelum pukul 10. Kecuali memasak, pukul 10 masuk dapur, pukul 12 dah boleh makan. Satu lagi, mak takkan bagi kami keluar kalau tinggal rumah dalam keadaan selerak, lantai tak sapu dan baju tak basuh. Mula-mulanya saya merungut, biarlah pukul berapa pun asalkan siap.  Lama-lama saya faham rasional kenapa mak  buat macam tu. Mak nak anak-anak mak menjadi wanita yang hebat. Yang berdikari dan berkerjaya namun rumah tangga tetap dalam keadaan terurus. Lagipun, baju kena sidai waktu pagi, barulah cepat kering. Lagipun, anak dara apa kalau waktu pagi lagi dah bermalasan?

Terima kasih atas didikan tu mak!

Mak saya sentiasakan sediakan kismis dan madu di rumah. Mak suruh makan, tapi saya sorang je tak makan. Konon tak suka benda manis. Pastu kan, mak saya ni suka tiup-tiup tau..haha.Dulu, kalau saya tertidur kat ruang tau, saya selalu rasa ada angin kat ubun. Mulanya saya ingatkan tu angin kipas yang berputar atas kepala. Tapi lama-lama tu, bila saya nampak mak baca ayat al-Quran dan tiup kat ubun-ubun abah dan adik-adik, baru saya tau apa angin yang bertiup kat ubun saya dulu!

agaknya mak baca ayat untuk jadikan kami anak yang soleh, bijak dan berguna. Dan untuk abah pulak, mak baca ayat untuk pengukuh kasih tak....? (gelak mengusik)

mak suka baca buku. Mak saya jadi ahli tetap perpustakaan woo. Jangan main-main. Mak suka baca buku motivasi dan agama, pastu tarik mana-mana anak yang terdekat untuk dengar ulasan mak. Padan muka kakak saya sebab selalu kena tegur asyik baca novel cinta. Mak cakap, belajar dulu mengenal Allah, baru belajar nak tackle pakwe. haha.

Saya sayang mak saya. Sayang sangat-sangat! Mak dan abah saya adalah sumber kekuatan dan kejayaan saya pada hari ini. Tiapkali saya seronok, orang pertama yang akan saya telefon ialah mak. Tiapkali saya sedih, orang pertama yang saya cari juga adalah mak. Bila saya menangis, mak akan cakap, " Tak pa kak Qirah..ni ujian sikit saja..Jangan lupa Allah. Baca surah al-Insyirah ulang-ulang..."

Tapi saya tetap menangis. Bukan sebab diuji, tapi sebab saya bangga ada mak yang sangat memahami.

Tiapkali saya nervous kalau ada peperiksaan atau kena berucap, mak akan cakap, " Baca Allahumala yassir, wa la tu'asir". 

Magiknya, saya akan tenang!

Hari tu, saya nak balik asrama. Awal pagi. Saya ingat lagi, mak bangun awal dan terus goreng bihun untuk bekalan saya. Saya terharu, campur seronok. Sebab kalau mak bekalkan saya nasi putih dengan ikan masin sekalipun, saya tetap bahagia! Bekalan makanan dari mak menunjukkan kasih sayang mak untuk anak mak yang nak pergi belajar. Itu keberkatan. Saya suka sangat-sangat bawak bekalan dari rumah terutama sekali masakan mak.

Tapi, tengah hari tu, saya sedih sangat sebab habis semut masuk dalam bekas bihun tu. Saya nangis...sebab terkenangkan susah payah mak bangun pukul 5 untuk sediakan bekalan untuk saya. Saya makan jugak sambil menangis, menangis bukan sebab kena telan semut, tapi saya amat tak sampai hati nak buang makanan yang dimasak oleh mak saya yang amat saya cinta.

Seumur hidup saya, saya takkan lupa apa yang berlaku September tahun lepas. Mak saya dipatuk ular tedung yang tersesat masuk bawah katil. Dan saya takkan tahu menahu sebab saya di asrama dan mak tak bagi abah dan kakak saya (yang baru habis konvo dan berada di rumah) bagitau pada anak-anak lain yang tiada di rumah (abang saya di KL dan Anis di MRSM). Saya menangis bila tahu. Saya telefon abah untuk bercakap dengan mak. Mula-mulanya abah cakap mak ke kedai. Saya telefon semula selepas 15 minit. Abah terpaksa buka mulut sebab saya berterusan tanya di mana mak. Bila dapat tahu mak di hospital, saya menangis. Amat teruk tangisan saya. Saya tak bersedia untuk kehilangan mak. Saya sayang mak saya!

Terima kasih Allah...walaupun Engkau tidak membenarkan kami memilih siapa ibu bapa kami, aku sangat berbangga dan bersyukur memiliki kedua-dua ibu bapaku sebagai insan yang melahir, mendidik, membesar dan mencurahkan sepenuh kasih sayang buatku. Alhamdulillah, syukur ya Allah.

Buat mak yang tercinta, kak Qirah janji akan buat mak tersenyum bangga dan berkata pada dunia. " Nur Shaqirah Mat Isa itu anak saya! Saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci ini atas hadiah daripadanya. Restoran yang dibinanya itu merupakan nama saya. Saya bersyukur punya anak sepertinya yang menyejukkan hati..Dia anak saya dunia akhirat."

kak Qirah sayang mak sangat-sangat tau...Selamat hari ibu, semoga mak bahagia dunia akhirat, semoga mak dipanjangkan usia, semoga mak berbangga dengan kehidupan mak sebagai anak, isteri dan ibu. Kak Qirah doakan agar mak sihat selalu. amin ya Rabbal Alamin..




penganjur: Joegrimjow



2 comments:

amirahsamat said...

nangis baca ni.
pengorbanan seorang mak kan.
kalau aku pun selalu xsampai hati nak buang makanan yang kdg2 rosak bile terlambat makan yang mak aku bekalkan.
sedihnye.nangisnangisnangis.
:'( :'( :'(

joegrimjow said...

thx u
keputusan pukul 12 nanti hari ni