Friendly Friends

May 8, 2011

Kerana Dia Guruku

assalamualaikum

dalam sejarah hidup aku, aku akan ingat tiga orang cikgu ni sampai bila-bila. tiga-tiga bawak impak yang berbeza untuk aku. tapi persamaan cikgu-cikgu ni ialah semuanya ialah cikgu BI dan turut memotivasikan aku untuk improve BI.

sorang ni cikgu lelaki. ajar aku darjah 3. aku ingat lagi baran dia. macam mana teruknya BI aku masa darjah 3. hanya sebab aku tak boleh jawab soalan dia sebab aku tertukar before dan after, (before tu aku ingat selepas, after tu aku ingat sebelum), dia marah, tumbuk papan hitam. jam dinding kelas yang tergantung atas tu jatuh. muka jam pecah. aku nangis. aku takut sangat. besar sangat ke kesalahan sorang budak darjah 3 yang tak tahu apa-apa sampai baran macam tu? aku ngaku aku lembap BI masa tu. kawan sebelah asyik bisik, after tu selepas, tapi aku takleh catch up lagi. payah sangat nak ingat. 

seumur hidup aku akan ingat. sejak hari tu, aku sungguh-sungguh belajar BI. aku mula baca kamus sebab aku takut ada cikgu marah aku sampai macam tu lagi. Alhamdulillah. BI aku makin improve. thank you sir K!

pastu aku darjah 5. aku mula daftar untuk masuk tuisyen BI. cikgunya cikgu sekolah aku jugak. tapi bukan cikgu tadi. cikgu tadi dah tukar sekolah. aku serius belajar Grammar semua benda alah tu sebab aku sangat trauma dengan apa yang berlaku masa darjah 3. tiapkali aku baca kamus, aku ticked perkataan yang aku dah berjaya tau makna dan penggunaan dia. aku seronok belajar BI dengan cikgu ni. cara dia sangat berkesan dan aku sangat suka belaar BI. Alhamdulillah. BI aku makin improve. thank you sir S!

kemuncak aku suka BI ialah masa aku sekolah menengah, tingkatan 4. cikgunya perempuan. cara pengajarannya sangat berbeza dengan cikgu BI lain. cikgu ni menggalakkan kami berani bersuara dan bertutur dalam BI. dia jugak menggalakkan kami debate dalam kelas. dia jugak yang calonkan nama aku sampai aku terpilih wakil sekolah untuk English in Camp peringkat SBP. dia jugak calonkan nama aku sampai aku terpilih sebagai insan yang dapat surat khabar NST setiap hari sebab dia yakin aku mampu berkongsi ilmu tu dengan kawan yang lain. aku makin semangat belajar BI. tapi sayangnya, Julai tahun tu cikgu ni berpindah ke Sabah lepas kahwin dengan orang sana. thank you madam A!

see.

sebagai cikgu, kita memang banyak mempengaruhi murid. kadang-kadang, suka atau tidak seseorang murid terhadap sesuatu subjek adalah dipengaruhi oleh cikgu tu sendiri. macam pengalaman aku sendiri, aku sangat takut nak masuk kelas BI sebab cikgu ni tadi. yelah. aku budak kampung. penguasaan BI aku ala kadar saja. tapi apa yang berlaku hari tu betul-betul mengubah hidup aku.

tadi aku terjumpa facebook sir K ni. dia dah makin berisi dan dah beruban. betapa masa semakin beredar. aku senyum. takde dendam terhadap seorang pendidik walaupun cara dia agak negatif sebab dengan apa yang dia buat tu la buat aku nak belajar BI. thanks sir K. you really taught me something important. now i am becoming a teacher. i wont repeat the same thing that u did. anyway, you still my teacher. the one that give me knowledge, the one that bring me up to this point.

mood hari guru makin dekat. hari ni hari ibu. oh ya. kemarin ada seminar praktikum. penghujungnya menyanyi lagu kami guru malaysia. dan macam sebelum-sebelum ni aku rasa sebak. mata berair setiap kali menyanyi lagu kami guru malaysia. entah kenapa. mungkin kerana masih tak percaya aku akan bergelar guru. mungkin juga kerana masih tak percaya takdir hidup aku membawa aku ke sini. aku akan bergelar pendidik. meneruskan legasi pendidik dahulu dan sekarang dalam mendidik anak bangsa. seorang jurutera merancang pembangunan tetapi seorang guru membina peribadi insan mulia.

buat semua guru yang pernah mengajar seorang insan yang bergelar Nur Shaqirah Mat Isa ini, tak kira la cikgu Tadika Kemas Abi Pokok Jawi, cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Abi, cikgu-cikgu Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, cikgu-cikgu PLKN dan jugak pensyarah-pensyarah IPG Kampus Darulaman, ilmu kalian membawa saya ke alam pengetahuan yang tidak bertepi. saya dewasa dalam ilmu yang kalian beri. semoga Allah merahmati kalian. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian, insyaAllah.



kami guru Malaysia
berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin putera puteri negara kita

pada seri paduka, kami tumpahkan setia
rukun negara kita, panduan hidup kami semua

di bidang pembangunan, kami tetap bersama
membantu membina negara yang tercinta

amanah yang diberi
kami tak persiakan
apa yang kami janji
tunai tetap kami tunaikan






No comments: