Friendly Friends

May 11, 2011

Combo Hatred

assalamualaikum

tengok tak berita pasal kekejaman ahli Majlis Perbandaran Alor Setar kat Buletin Utama dalam sehari dua ni? geram. bukan sekali dengar cerita pasal macam mana kejam dan tak berperikemanusiaannya depa bertindak dekat peniaga yang tak ada permit. ya. tak ada permit tu salah tapi kesalahan lain? haha. kelakar. orang atasan buat salah, kita butakan mata. orang yang terpaksa membanting tulang nak sara family, salah sikit, terus dirosakkan mata pencarian depa.
ni manusia ke apa?

makin takde pertimbangan manusia sekarang.

cuba bayangkan apa perasaan seorang ayah yang tak ada kudrat untuk kerja keras...yang tak ditakdirkan pakai kot dan kerja dalam pejabat, dalam aircond. berniaga adalah sumber rezeki depa. dahla dihalang berniaga, dirosakkan pulak barangan jualan depa. hoi hoi hoi! kami nakkan keadilan! kalau betul nak memerintah, buatlah cara pemerintah! bagila tempat khas untuk depa berniaga dengan kadar sewa tapak yang murah. tu lagi baik daripada biarkan sesetengah tempat terbiar, jadi sarang maksiat! dapat jugak berbakti pada rakyat. ni tak, waktu pilihan raya je nak kecoh-kecoh. 

aku cukup tak suka dengar kes penganiayaan kat manusia yang cuba mencari rezeki halal, sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak kecil di rumah. kalau memang perniagaan haram takpe la jugak, ni hanya perniagaan tanpa permit. janganlah kejam dengan bangsa sendiri...

serius menyampah! aku bukan penyokong mana-mana parti. politik sendiri dah macam stupido je sekarang. masing-masing nak tunjuk hebat. kita yang takde jawatan ni yang terkontang-kanting kena ikut permainan orang atasan. hapadah!

*semangat betul aku malam ni. agaknya sebab dah nak cukup umur kot?

No comments: