Friendly Friends

May 22, 2011

Cintailah Fizik

assalamualaikum

aku study fizik. ada sesetengah tu still kena faham basic dia yang kita belajar masa tingkatan 4 dan 5. yela, macam mana nak paham yg higher level kalau basic pun terkontang kanting? aku baca dan aku dalami balik fizik sekolah menengah. pastu aku rasa nak menangis, aku rasa betul-betul terkilan dengan diri sendiri. sebab aku rasa fizik tu mudah! dan lebih mudah daripada kimia! tapi kenapa aku dapat B3 je fizik dulu?

tahniah Qirah, anda dah sia-siakan masa sekolah menengah dulu. belajar main-main dan buang masa. tahniah! 

fizik tak susah kawan-kawan.. fizik tentang fenomena dan penerangan secara details tentang apa yang berlaku di sekitar kita. fizik mengajar kita macam mana nak dapatkan kehidupan yang lebih baik. contohnya kalau kita ditolak dari tebing yang curam dan tinggi, kita kena bengkok dan tundukkan badan ke depan bukannya ke belakang. kenapa? jawapannya ada dalam fizik. contoh lain kalau kita nak kurangkan tekanan, apa perlu kita buat? kalau kita nak detect kerosakan pada alat elektrik apa boleh kita buat?

dan lain-lain. semua itu fizik. fizik itu aplikasi. yang penting kita cuba faham dan terjemahkan kefahaman kita dalam istilah saintifik dan pengiraan.

trust me. dalam banyak-banyak subjek sains, pakat tak suka fizik.aku sangat suka fizik. paling aku tak suka kimia tapi takmau ulas lebih-lebih ada sahabat cakap, jangan benci ilmu kalau nak ilmu tu suka kita. hehe. tapi hakikatnya para tidak penggemar fizik sekalian, kalau kita faham konsep dia, kita akan boleh jawab fizik! 

no. aku bukan pakar fizik. tapi aku seorang yang sangat menghargai ilmu fizik dalam pendidikan dan dalam kehidupan. aku berhasrat nak ambil master dalam fizik nanti, bukannya kimia atau biologi. oh ya. biologi juga best! menyesal aku tak ambil biologi masa sekolah menengah dulu. kenapa ya aku ambil kejuruteraan?

sebab aku minat bidang ke-fizik-an!

macam bercinta jugak. kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? kita kenal dia, mungkin akan terbit perasaan cinta. macam tu jugak fizik. dulu masa sekolah menengah aku tak suka fizik sebab fizik banyak pengiraan. aku selalu cakap kat kawan-kawan aku yang aku alergik dengan number. aku obses dengan bahasa. tapi sekarang dah terbalik. aku kurang gemar benda yang kena hafal tapi prefer pengiraan.

tu antara sebab kenapa korang jugak kena minat fizik! fizik tak perlu banyak membaca, tapi perlu kefahaman. fizik tak perlu hafalan, tapi perlukan latihan. tapi taktau la kalau korang memang otak jenis mengingat. aku ska mengingat jugak, tapi benda yang significant aje la =.=

pada yang belajar fizik, teroka kehebatan fizik! korang akan jumpa satu kenikmatan macam aku rasa believe me.

* ini entri untuk sedapkan hati sebab aku ada paper fizik lusa*

3 comments:

CIK IMAKASIHDANI said...

fizik oh tidakkkk...sy xsuke fizik..klo amek fizik sure dismiss..nseb bek dpt course y minat..heheh

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya baru habes amek spm,
saya sgt cntakn FIZIK..
kalo boley saya nk amek fizik kt U nnty..
nk tanye ckit, kt U subjek fizik susah atau lbh mnyeronokkan☺??

Anonymous said...

anonymous dec 4, 2014

meh nak tolong jawab. masa dekat U, paling best ialah fizik. serious tak tipu. rasanya fizik lebih senang nak skor kalau nak banding dgn subjek lain.