Friendly Friends

April 19, 2011

Ujian : Bukan Untuk Dikesalkan

assalamualaikum

bukan sekali diri diuji dalam seminggu dua ni.tapi aku cuba positifkan diri bahawa ni semua adalah ujian Allah untuk memastikan bahawa aku layak mendapat pangkat 'manusia tabah,cekal dan waja'.ni baru ujian dunia..siapalah aku untuk melatah.

malangnya,aku manusia yang terlalu cepat tersentuh.sikit-sikit nak nangis.kadang-kadang marah jugak dengan diri sendiri yang mudah menangis.tapi bukanlah tu lumrah wanita?air mata adalah senjata tapi bagi aku,air mata ni jugak menggambarkan beapa terkilannya hati bila orang ambil kesempatan atas kelembutan kita.no.aku bukan lemah lembut.aku garang:)

tapi pernah tak korang dengar yang wanita yang paling garang adalah wanita yang paling lembut hatinya?

aku cuba sabar.semua ni ada hikmahnya.teringat kisah masa tingkatan 4 dulu masa Cikgu Nik dah pilih aku untuk jadi MC Hari Anugerah Cemerlang SMSAH,Sultan Kedah berangkat mencemar duli.aku seronok.bukan calang-calang orang akan terpilih untuk mengacarakan majlis.aku berhenti makan tembikai sebab nak jaga suara.konon-kononnya la kan?aku tak minum air ais hampr seminggu.tapi takdir Allah tak siapa tahu.

tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita yang ada sorang cikgu lain yang pegang bidang pengacaraan sekolah pilih orang lain dah.aku sedih sangat.sangat-sangat sebab aku berharap yang terbaik dan aku dah lakukan macam-macm cara untuk jaga suara.lama jugak aku bersedih sampailah satu hari Madam Art bagitau aku yang dia pilih aku wakil sekolah untuk English in Camp di Johor.

aku anggap ni sebagai satu hikmah yang amat besar atas ujian yang Dia beri.Dia ganti sesuatu yang lebih bermakna untuk aku.tambah aku bersyukur sebab masa Tingkatan 5,sekali lagi aku terpilih untuk mengacarakan majlis tu dan kali ni aku betul-betul mampu menjayakan acara.Alhamdullilah...hadiah atas ujian sebelum-sebelum ni.

kita hanya perlu percaya bahawa hikmah ujian tu tetap ada,cuma cepat atau lambat.

berhenti menangis sayang...

No comments: