Friendly Friends

April 18, 2011

Tips Membuat Perbentangan dalam Kelas

assalamualaikum

sekadar mahu berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang hakikatnya tidak seberapa.oh ya.sebagai pelajar,kita mesti selalu kena buat perbentangan kan?dari sekolah dulu lagi cikgu dah suruh kita ke depan untuk buat perbentangan,bila dah ke IPT apatah lagi kan?

bagaimana untuk kelihatan bersedia semasa perbentangan?

hakikatnya ada perbentangan secara spontan dan ada juga yang memerlukan persediaan.tapi kalau dalam keadaan benar-benar tidak bersedia,ada tips yang kita sama-sama boleh praktikkan!

1.   Elakkan vocalizer 
vocalizer atau dalam bahasa mudah ialah menyebut aaaa.... atau ehmmmm..... atau errrr..... semasa tengah bercakap.penyebutan vocalizer ni menyebabkan kita kelihatan sangat tidak bersedia dan jelas menunjukkan kita tidak ada idea.adalah lebih baik kalau kita tak ada idea tapi kita diam sebentar.senyum,tengok audience dan insyaALLAH ada idea yang datang melintas!yang penting senyum.sebab bila kita senyum,secara tak langsung kita dapat tenangkan diri dan audience akan yakin dengan kita walaupun kita tengah merepek.hehe

2.   Make eye contact semasa bercakap
ni satu lagi yang sering terlepas pandang bila nervous.eye contact adalah penting terutama bila bercakap untuk meyakinkan seseorang dalam sesuatu hal.tapi satu yang nyata,kita bukan buat eye contact dengan audience tapi dengan pensyarah.hello,we are presenting to all of the members in the class.making eye contact dengan pensyarah hanya akan memburukkan keadaan kalau kita tengok dia mengerutkan kening tanda meragui apa yang kita bentangkan.parah kan?kalau aku,aku akan tengok muka-muka kawan yang tak psiko dan yang selalu tersenyum.kata kuncinya lagi,senyum.

3.   Komputer untuk dipandang,bukan untuk ditatap lama-lama
ada sorang pensyarah aku pernah cakap,masa buat presentation tu,kita kena tengok komputer bukannya tengok slaid tu.tapi aku nak tambah bahawa komputer untuk dipandang,bukan untuk ditatap lama-lama.sebenarnya secara personal,aku lebih suka tengok slaid sebab aku boleh bergerak dan menggerakkan tangan.masing-masing cara agaknya.mungkin cara pensyarah aku tu lebih profesional.dulu aku rancang,tiapkali aku nak buat presentation,aku nak berjalan di depan tu sambil tunjuk guna laser.last-last,tak sempat nak guna sampai bateri dia kong macamtu aje.

4.   Pakai baju yang selesa
oh.ini agak tipikal dan klise tapi perlu dipraktikkan.pilih kain yang menyerap peluh kalau kita jenis mudah berpeluh masa nervous.pilihan warna juga penting.seeloknya pilih warna gelap untuk nampak formal atau warna pastel untuk nampak cool.aku pulak tak pakai perfume tapi kalau hari ada presentation,aku akan pakai perfume untuk rasa lebih yakin!

presentation yang membosankan dan penyampaian yang tidak berkesan.

buat masa ni,ni yang aku mampu fikir.ada banyak lagi dan mungkin kita boleh kongsi sama-sama?


1 comment:

MissSyarniFarida said...

benci if time presentation budak kelas x pandang den buat keja laen.

bodoh la pa time depa present siap gelak gelak tipu even x lawak pon.