Friendly Friends

April 2, 2011

Terapi Minda

assalamualaikum

1. Mendengar alunan muzik
muzik memang terapi minda.kalau boleh,dengarlah alunan muzik yang slow...sebab menurut kajian,muzik yang rancak akan meningkatkan kadar degupan jantung.secara tak langsung,kalau cemas,kita akan bertambah cemas,kalau takut kita akan bertambah takut.aku suka sangat pegi library IPDA ni sebab dia mainkan muzik sentimental.kalau nak study pun rasa aman aje..pastu kalau nakkan tidur yang berkualiti,dengarlah alunan al-Quran sebelum tidur.lebih baik kalau dibaca terus.amalkan surah al-Mulk untuk pendinding diri.

2. Tidur siang
tidur siang bukan bermaksud sepanjang siang kita tidur.kalau sepanjang siang,badan akan menjadi letih,berat badan semakin bertambah (mengingatkan diri sendiri) dan mak aku cakap,tidur siang yang panjang akan mempengaruhi mood.kita akan jadi pemarah dan degil tak tentu hala.hehe.tapi tidur siang sekejap terutamanya sebelum zohor dapat mencerdskan minda dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.pasu kan,ada sorang ustaz kat sekolah dulu cakap,kalau student nak tidur masa belajar,kita tak boleh halang sebab masa tidur tu,otak sedang mencerna maklumat.kadang-kadang yang berjaga pun tapi minda melayang rata pun tak ada guna kan?:)

3. Melibatkan diri dalam aktiviti seni
aktiviti seni bukan sekadar melukis,tapi korang boleh juga menyanyi...menari...memasak...atau juga menghias bilik!menghias bilik ni memang terapi minda yang bagus untuk aku.lepas mengemas,kita tengok semua benda dalam susunan yang kemas,cadar pun ditarik kemas,aku sembur air wick kat katil ngan dalam locker,rasa ada satu perasaan aman dan tenang sekaligus mempengaruhi mood untuk study.kadang-kadang benda yang kita nampak macam kecil dan remeh tu la sebenarnya yang dapat menenangkan kita.memasak contohnya,kalau kita enjoy memasak,kita akan rasa happy sangat.pahala pun dapat sebab menyediakan makanan untuk keluarga tersayang.mak pun boleh rehat-rehat sebab ada anak dara yang ringan tulang di dapur.bukankah menggembirakan hati ibu bapa jugak disenangi Allah?:)

4. wujudkan dunia kita sendiri
kadang-kadang,kita perlukan ruang untuk kita bersendiri,bermuhasabah diri dan berfikir.ruang tu mungkin ruang yang nyata,dan mungkin jugak satu ruang yang kita cipta dalam minda.kalau ruang nyata,kita boleh letakkan satu sofa kat penjuru bilik kita berdekatan tingkap atau tempat yang mendapat pencahayaan yang cukup.duduklah kat situ tiapkali kita rasa terganggu oleh seseorang atau sesuatu.selain dari tu,mungkin jugak kita sukakan alam semulajadi..kita boleh pegi pantai atau duduk bawah pokok untuk menenangkan diri.masa tu,fikirlah apa yang perlu difikirkan dan buatlah keputusan yang tepat okee?:)


5. tanam pokok
pokok hijau mengeluarkan oksigen yang kita perlukan dan sebab tulah kita disaran untuk letak pokok hidup dalam premis kediaman kita.untuk student pulak,kita digalakkan untuk meletak pokok kecil atas meja study dekat dengan tingkap (peringatan untuk diri sendiri).tak semestinya pokok besar,kadang-kadang cukup dengan pokok kaktus yag comel dalam pasu kecil.jom kita mula buat dari sekarang!


6. tulis surat
err.sounds so lame kan?haha.aku suka tulis surat.masa sekolah dulu,aku pernah kena tegur dengan sorang kawan sebab suka menulis padahal dia prefer face to face.haha.okee.menulis surat memang menenangkan sebab kita bebas meluahkan perasaan kita.cara yang lebih moden ialah tulis blog.haha.ya.anda dan saya sedang melakukan 1 terapi!

ketenangan adalah amat penting dalam usaha untk bangkit meneruskan hidup.kadang-kadang kita rasa down yang amat,masa nilah kita perlukan terapi untuk menenangkan jiwa.walaubagaimanapun,terapi minda terbaik adalah kembali kepada Allah,banyakkan solat sunat,berzikir dan baca al-Quran.insyaALLAH.semoga ketenangan tu milik kita.

No comments: