Friendly Friends

April 11, 2011

Surah al-Insyirah

assalamualaikum

alhamdulillah.sehebat nama,segah maksudnya.
ketenangan.
surah yang perlu diamalkan tiapkali dilanda masalah.bacalah berulang kali,insyaALLAH akan dilapangkan dada.
juga disebut surah Alam Nasyrah.

antara keistimewaan lain bagi surah ini ialah:
  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
dalam Al-Quran tersembunyi terlalu banyak keistimewaan yang perlu kita teroka.sama-sama berubah kebaikan jom!insyaALLAH dipermudahkan jalan.ameenn

No comments: