Friendly Friends

April 11, 2011

special post: PLKN TASOH KUMPULAN 1 SIRI 5

assalamualaikum

entri ulang tayang sebab aku pernah tulis pasal pengalaman aku kat ke plkn dulu.dh tengah rindu..nak buat macam mana..layan ajelah.haha
serius weh,aku sangat rindu zaman tu walaupun hanya 3 bulan!rugi la aku cakap kalau korang dapat plkn tapi lepaskan peluang macam ni.dahla makan kerap.paling aku takleh lupa menu bubur nasi dia yang kaww kaww,pastu kalau ada nasi ayam ke,semua aku bagi full marks!macam mana la berat badan tak naik...

selalu juga aku tengok balik video-video yang cikgu Sham rakam masa kita kat kem dulu.kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang,kadang-kadang aku jadi sayu.tapi lebih kerap lagi aku pause video tu untuk mengecam muka-muka yang ada dalam video tu.yang aku kenal,aku kenal la.yang aku tak kenal,maaf.aku memang lmbat pick up.haha.tapi ada ja yang aku cam muka taktau nama dan ada jugak yang aku pernah dengar nama tapi taktau pemilik nama tu.maaf.my bad.

video yang paling aku rasa nak pecah perut masa kita kena muatkan diri kita dalam tayar tu.ala..yang bergayut pastu sempitkan diri korang dalam tayar tu pastu lawan kompeni mana palng ramai dapat masuk dalam tayar...haha.ingat tak?meor,(korang panggil dia kimi.schoolmate aku ni.)ada orang tarik seluar hg la!haha.kelakar kelakar.

video yang paling aku menyampah nak tengok ialah video malam jalinan kasih part aku menari.cikgu Sham,apesal asyik fokus saya dengan Zul je lama-lama?kan ustaz amir dah merajuk sampai takmau tengok part tu dah!haha.amir cakap,dia meluat tengok part aku ngan zul menari sambil tengok muka.ishk ishk ishk..tau tak,cikgu Zaini pernah cakap kat kami masa berlatih menari,untuk buat tarian tu nampak real,kita kena bercinta dengan pasangan tarian kita..tu kira nasib baik aku tak ikut tips tu.ahaha.
 
sebut pasal tarian,aku teringat kisah Zubir dan Fadilah..haha.kira hot kapel la masa ni..cikgu Zaini cakap,Zubir,menarila elok-elok sikit..awak untung dapat partner yang comel.haha.tergelak aku bila teringat balik.si Zubir ni pulak bijak,bawak 2 henpon tapi 1 je bagi kat cikgu.pastu bila kami ada masalah pasal tarian,slumber je dia telefon cikgu hensem.erk.cikgu apa ek nama dia..cikgu..cikgu...ala,cikgu lelaki yang muda yang cekeding tu!

macam-macam peel kawan-kawan yang dapat aku peratikan.yang kapel cara kapel.malam-malam dating sementara nak tunggu baris sebelum balik dorm.yang nakal cara nakal.ingat tak ada malam bila ntah,ramai boy alpha yang tak turun surau solat maghrib pastu kena denda kawad?haha.dengan mufti sekali kena.ala...aku tak ingat jugak la nama dia..yang gelap-gelap tu..yang chubby-chubby tu..

tau tak,kemarin aku pegi Gua Kelam.otomatik aku teringat yang kita semua pernah mai sini.masa tu havoc sungguh!pastu bila aku tengok tempat parking dia,aku teringat yang kita semua pernah dapat roti ngan air mineral pastu picnic kat tepi jalan.ingat tak ingat tak?

pastu ingat tak pada satu malam,pokok pelam tempat kita berkumpul depan dewan makan tu ada speaker?tiba-tiba lagu My All berkumandang.ceh.semua kata pokok tu berhantu.siap ada yang suruh aku baca doa sebab kononnya aku ustazah.wekk.tolongla korang.jangan cepat terpedaya.bagi yang taktau lagi,aku ke depan malam tu sebab girls alpha cabar aku ke depan untuk bagi megi 2 paket.so kesimpulannya,jangan label aku macamtu T__T.aku bukan macam ustaz amir yang ustaznya sejati.

panjangnya aku tulis!teringat jugak di satu malam,ada sorang makhluk Allah mai kat aku dan cakap,Qirah..awak nampak manis pakai baju kurung.aku jegil mata kat dia.berani berani ya engkau cakap macamtu!dia pun lari sambil tersengih.siapakah  dia?ahahaha

weh weh group CB aku!amir haniff,izzati alpha (mekti),apih,poon,lam,mamat,ling (yang lain aku lupa tapi girl melayu memang kami dua saja),ingat dak kerja group kita yang tak pernah berenti gelak sebab lam?haha.ingat tak kita berlakon danlam jadi penggali kubur,jalan terhincut-hincut,pastu mamat (selipar nippon) jadi mat rempit agaknya.haha.group kita memang femes la dalam kelas CB tu sebab kalau berlakon memang gila-gila dengan adanya dua sahabat ni.haha.tapi rugikan,kita tak pernah bergambar sekali...

girl alpha,sapa ada video gila-gila yang cikgu Sham rakam malam tu?ala,malam last masa kita bukak hamper pastu karok bagai nak rak tu..aku teringin sangat nak tengok video tu.kalau ada,bagitau ek?ha,lupa nak cakap,aku nak mintak maaf la dengan girls alpha sebab ajak hampa semua solat dalam dorm.T____T.jahat kan aku?bukan aku yang mulakan tapi aku yang paling kuat berkempen.hehe.err,tapi aku selalu jugak imarahkan surau okee?aku turut serta dalam operasi sujud sejadah masa ustaz Roji bagi kuliah subuh.haha.bagus tak aku ni?tapi masa ustaz amir bagi tazkirah,aku jegil mata luas-luas,aman je jiwa tengok pak ustaz.haha

banyak lagi la nk tulis tapi tunggu kemunculan entri seterusnya!

No comments: