Friendly Friends

April 18, 2011

Soal Jodoh Tak Siapa Tahu

assalamualaikum

berpegang pada prinsip berusaha,bertahan,berdoa dan bertawakal membuatkan aku masih bersama dia.tapi soal jodoh tak siapa tahu.baik aku atau dia,hanya mampu berdoa agar dipanjangkan jodoh dan berusaha untuk bertahan.

gaduh benda biasa.biasa.adat dan lumrah.tapi bila gaduh mesti salah seorang kena waras dan tidak mengikut emosi.selalunya lelaki mengalah tapi tak salah kalau ada masanya perempuan mengalah.mungkin apabila mengalah,kita dapat melembutkan hati dia yang tengah panas tu.terpulang pada cara masing-masing.


kita mungkin bercinta dengan orang lain,brtunang dengan orang,kawen dengan orang lain tapi tanyalah kepada mana-mana pasangan yang bercinta,mesti ikrar kesetiaan sehidup semati pernah dilafazkan.tapi takdir Allah tak mampu kita lawan.perempuan selalunya akan berjanji pada diri sendiri bahawa 'sekali kapel biarlah kekal hanya bersama dia'.lelaki aku tak tau.jangan tanya.haha


bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.soal jodoh tak siapa tahu.bagi yang dah ketemu,jagalah dia baik-baik..berdoalah agar dia untuk kita.kalau yang belum ketemu,doalah agar bertemu yang terbaik.


Ashraf Muslim sudah nak bertunang??oh frust.

1 comment:

MissSyarniFarida said...

Ashraf Muslim yg belakon jadi Ustaz Amirul tu ka?