Friendly Friends

April 13, 2011

Persinggahan


assalamualaikum

kesian kat aku.waktu ni masa terjegil lagi tak mengantuk.mata ni bukan boleh dipaksa-paksa.kalau paksa jugak nanti pening waktu siang.

laptop yang asalnya tadi dah tutup,aku bukak balik.aku bukak jugak report yang nak kena buat dan submit Khamis ni tapi fikiran rasa kosong.ntah melayang ke mana.teringat rancangan kami sekeluarga nak buat birthday party untuk abang,kakak ngan adik bongsu aku yang kebetulan lahir dalam bulan April,teringat rancangan dengan Amir nak keluar hari Sabtu ni..teringat mak abah kat rumah..teringat semua.teringat kenangan zaman sekolah rendah dan menengah..teringat teringat dan terus teringat.

banyak benda yang dah berlaku.dulu aku nak tau ending bagi setiap cerita tergantung yang pernah berlaku dalam hidup aku.tapi bila makin meningkat dewasa,aku belajar bahawa ada cerita yang ditakdirkan terhenti setakat yang ditakdirkan tu saja.kita hanya merancang tapi hakikatnya perancangan Allah lagi hebat.aku pernah terdengar,daripada 10 orang yang kita temui dalam hidup,8 daripada mereka ditakdirkan menjadi kenangan.hanya 2 orang je yang akan kekal bersama kita dalam tempoh yang agak panjang.

tapi lumrah yang bertemu pasti akan terpisah.macam aku.macam aku dengan kawan-kawan sekolah aku.bila tengok facebook,aku senyum sendiri tengok kawan-kawan aku semua termasuk aku dah punya kisah hidup sendiri.ada yang kat luar negara,ada yang bakal bergelar doktor,jurutera,pendidik..ada yang dah dengar ura-ura nak bernikah..macam-macam!perjalanan hidup yang Allah takdirkan ni memang mencabar tapi penuh bermakna.dan koranglah antara pewarna ceria dalam hidup aku.

kalau ada dalam perjalanan ni,aku melukakan hati korang,aku singgung perasaan korang,perkataan atau perbuatan aku melebih,aku sangat-sangat mintak maaf.semoga persinggahan kita bersama pada satu titik tu dulu menjadi kenangan yang bermakna,tanda kita pernah saling mengenali.

semoga satu hari nanti,kita semua akan ketemu dalam satu suasana harmoni; kita boleh ketawa bersama sambil tersenyum bahagia bila terkenang memori lama.kalau kita lost contact atau bergaduh masa terpisah,aku harap masa kita bertemu nanti,kita mampu bergelak memikirkan betapa tidak matangnya kita masa dulu.

sampai ketemu lagi,salam penuh kerinduan,

- Qirah Isa -

1 comment: