Friendly Friends

April 26, 2011

Sabar

assalamualaikum

ntah angin mana yang masuk badan malam ni.rasa hangin je.pegi bilik stadi,ada Indian yang tersadung kaki pada wayar laptop,terlucut dari soket,aku geram jugakla sebab pastu dia jalan slambe je padahal dia berhenti buang wayar yang tersangkut kat kaki.kotlah nak mintak maaf ke,nak pasang balik ke..kalau sebelum-sebelum ni rasanya aku akan chill je tapi malangnya dia sebab aku tengah marah,so aku jeling dia.ah.garangnya Qirah!
bilik stadi sangat bising.aku hilang ilham nak tulis teks publc speaking.dahla aku slow bab-bab menghafal ni.tolongla.tolong tolong dan tolong.kalau anda nak bergelak ketawa tapi nak duduk dalam aircond,pegi kat bilik serbaguna.sana aircond lagi kuat.gelak la sepuas hati.takde orang nak marah.

sepatutnya bila aku marah,aku tak boleh telefon amir sebab nanti free je dia kena tempias.tapi malam ni dia cool je,dia diam..selalunya mengusik.lama-lama dia cakap macam ni:

nur shaqirah... (jarang nama aku dipanggil penuh melainkan ada dia nak tegur)
ye..(nada malas)
assalamualaikum....
waalaikumussalam...(dengan rasa malu)
kenapa emosi malam ni....?
ha???

oh.malunya aku sebab marah-marah.lebih malu dengan Allah sebab terlalu turutkan emosi.sabar nur shaqirah...sabar...biarkan lalang bergoyang mengikut angin asalkan kita tetap menjadi pohon yang teguh berdiri walaupun dilanda taufan...

1 comment:

MissSyarniFarida said...

kirah laptop aku pernah terjatuh siap sebab ada terssadung tapi x mintak maap pon anon tu, pfttt