Friendly Friends

April 26, 2011

Rahsia Bentuk Tanda Tangan

assalamualaikum

meh kita janji sama-sama yang kita akan bayangkan tanda tangan kita dulu baru kita tengok penerangan dia.boleh?takut nanti ada yang ngelat.terus tengok penerangan yang baik-baik pastu mengaku tanda tangan sendiri.haha
aku?disebabkan aku kidal,tanda tangan aku senget naik atas ke sebelah kanan.ada satu garisan di bawah tanda tangan serta ada titik di hujung garisan.pastu sebenarnya aku rasa,tanda tangan aku bertulis Qirah tapi bentuk dia tak macam Qirah.macam apetah!



korang?

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
- Seorang yang sangat yakin
- Ada personaliti yang hebat
- Agak mementingkan diri sendiri
- Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
- Anda romantik
- Mudah bertukar pasangan macam tukar baju-
- Memilih kecantikan (bagi lelaki)
- Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
- Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

- Anda kelihatan mudah dan tenang
- Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
- Seronok dengan kehidupan
- Ikut gaya dan cara sendiri
- Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
- Anda sentiasa berusaha supaya smart
- Suka berselindung
- Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
- Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak 
- Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
- Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
- Seorang yang sangat prihatin
- Tidak pentingkan diri sendiri
- Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
- Seorang pemikir
- Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
- Seorang yang sangat baik
- Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
- Tegas dengan pendapat sendiri
- Ada semangat yang tinggi

ni semua adalah ilmu grafologi iaitu ilmu yang mengkaji perkaitan antara bentuk tulisan dengan personaliti.aku memang sangat berminat dalam topik ni dan InshaAllah kalau tak ada aral,kita bertemu lagi dalam entri seterusnya!

No comments: