Friendly Friends

April 17, 2011

Misteri Deja Vu

assalamualaikum

tiba-tiba aku terfikir untuk tulis tentang Deja Vu lepas ada sekali aku ngan family pegi makan-makan kat Kuala Perlis,aku rasa pening.tengok kiri kanan,rasa macam pernah sampai area tu tapi tulah kali pertama aku menjejakkan kaki kat situ.bila aku gitahu kakak aku,dia dengan nada genius menjawab, 'you are having deja vu right now!'

pebendanya deja vu ni?dulu kalau tak salah aku,kali pertama aku dengar tentang deja vu ni sebab ada movie lakonan Erra Fazira.betul ke?betulkan kalau aku salah.pastu ada lagi lakonan Hally Berry dalam sebuah filem berjudul Deja Vu.hebat sangat ke dia sampai diangkat menjadi tema filem?

deja vu bermaksud ( dalam bahasa ringkas) ialah satu keadaan di mana seseorang merasa yakin bahawa dia telah sampai ke suatu tempat atau telah mengalami sesuatu peristiwa.namun dalam kebanyakan kes,pesakit ( pesakit?? ) sebenarnya mengalami halusinasi atau mengalaminya dalam mimpi.mimpi ini pada satu tahap akan diterjemahkan menjadi realiti.pada masa inilah dia akan tertanya-tanya,'aku rasa macam dah sampai la kat sini.tapi bila ntah?'

jawapannya,dalam mimpi anda!

kita akan rasa dekat dan familiar dengan tempat atau peristiwa tu.itulah tandanya anda mengalami deja vu.aku pun selalu sangat rasa macam ni.bukan sekali dua,dan bukan saja melibatkan tempat malahan peristiwa.korang pun mesti sama kan?yang peliknya,kita tak mampu jelaskan bila dan bagaimana kita boleh terlibat di tempat tersebut mahupun dalam peristiwa tu.

adakah penerangan saintifik tentang deja vu?
Pada awalnya, beberapa ilmuwan beranggapan bahwa deja vu terjadi ketika sensasi optik
yang diterima oleh sebelah mata sampai ke otak (dan dipersepsikan)
lebih dulu daripada sensasi yang sama yang diterima oleh sebelah mata
yang lain, sehingga menimbulkan perasaan familiar pada sesuatu yang
sebenarnya baru pertama kali dilihat. Teori yang dikenal dengan nama “optical 
pathway delay”ini dipatahkan ketika pada bulan Desember tahun lalu ditemukan bahawa
orang butapun bisa mengalami deja vu melalui indera penciuman,pendengaran, dan perabaannya.

credit:
Some Imagination! How Memory Fails Us – LiveScience
Patients Suffer Deja Vu… Over and Over – LiveScience
Blind Man Has Deja Vu, Busting a Myth – LiveScience
Origin of Deja Vu Pinpointed – LiveScience

No comments: