Friendly Friends

April 27, 2011

Mei Bulan Berkasih dan Bersayang

assalamualaikum

Mei memang sangat istimewa untuk aku.sebabnya banyak tapi antaranya:
1. Hari Ibu
masa aku kecik-kecik dulu,darjah dua tiga rasanya,dengan berbekalkan ingatan tulus ikhlas serta duit seringgit,aku pegi kedai Pak Ya kat seberang jalan untuk beli hadiah hari ibu untuk mak tercinta.masa tu aku fikir,semua benda boleh dijadikan hadiah asalkan berbalut.naif kan?kalau macam tu,teka apa yang aku beli untuk mak?


yes.aku beli pewarna makanan perisa pandan yang aku balut dengan kertas surat khabar dan aku tempelkan sekuntum bunga yang aku cabut dari bunga telur dalam pasu mak sendiri.so naive.tapi tu ingatan tulus ikhas dari little princess yang berusia 8 tahun.

bila masuk darjah 5,6..bila duit saku dah lebih,dah pandai menyimpan duit sikit,aku mula beli something yang tahan lama.contohnya senduk.oh pathetic.pernah jugak aku belikan mak gula sekilo.tapi mak cakap,kalau kak Qirah bagi gula,tu macam hadiah untuk semua la.sejak dari hari tu,aku beli barang yang hanya mak sorang je guna.contohnya,bedak klasik ni.kami panggil bedak nyonya. T____T


seronoknya bila ingat kenangan zaman kecik.masa tu,semua benda boleh jadi hadiah.mak terima dengan hati terbuka.cuma bila dah further study especially tahun-tahun peperiksaan utama macam PMR dan SPM,mak cakap,kejayaan kak Qirah adalah hadiah yang paling mak nak.oh.tacing.love u sangat-sangat my beautiful mom!

2. Hari Guru

hari kasih sayang juga yang disambut setiap 16 Mei.dulu masa zaman budak-budak,aku suka sangat ikut menyanyi lagu Kami Guru Malaysia.selepas beberapa tahun,kini aku menyanyikan lagu ni untuk diri sendiri.tapi dari dulu sampai sekarang,tak kira la berapa kali aku menyanyi lagu Kami Guru Malaysia ni,ada satu perasaan terharu,sebak,semangat dan terasa jiwa besar masa menyanyi!pertama kali aku menyanyi lagu ni sebagai seorang guru,aku nangis kot...*dalam hati ada taman:)

hadiah yang femes masa sekolah rendah ialah tisu dan sabun.haha.balut-balut kotak tisu tu pastu buat kad ucapan sendiri.bila dah masuk sekolah menengah,aku dan semua adik beradik aku berkongsi 1 kad,dan suruh adik aku yang still ada kat Sekolah Kebangsaan Abi tu pas kat cikgu-cikgu yang ada.kad itu berbunyi:

terima kasih kerana mendidik 6 generasi anak Encik Mat Isa dan Puan Wan Saodah
jasamu dikenang.
daripada: Mohd Iswan Shafiq
  Nur Sharija
    Nur Shaqirah
 Mohd Fikri
     Nur Farhannis
     Mohd Firdaus

macam tu la ceritanya.

3. Besday Amir
oh.ini peristiwa kasih sayang yang baru bermula kira-kira 3 tahun lalu.tahun pertama aku bagi tshirt.tahun kedua aku bagi wallet.tahun ni?ntahla.masih dalam perancangan sebab hujung semester aku takde duit sangat T_T.

kalau bagi doa tulus ikhlas je boleh tak bang?hahahahah.tak terkira harganya tu.haha.

4. Besday aku
oh.ini wajib untuk korang ingat dan raikan.haha.menjelang tarikh ni,bunga-bunga akan berkembang mekar secara serentak menandakan seorang puteri telah dilahirkan.sungguh.dengan berat yang takkan korang percaya dan warna kulit yang korang akan gelak,puteri tu kemudiannya berdukacita sebab tiapkali besday dia,dia wajib ada exam hari tu!sama ada ujian penggal di sekolah atau final exam setiap semester sekarang.

cane?mei memang best kan?best untuk guna duit beli hadiahs.haha.nanti bila aku dah kerja..dah ada family...semua ni aku akan dapat!hadiah hari ibu,hadiah hari guru,hadiah hari lahir dan hadiah hari lahir amir!dia wajib belanja aku makan besar!hahahahahahahahahaha



2 comments:

Zz~ said...

xtau , x mo tau, x mo amik tau ^__^

Shaqirah said...

weekkkk!