Friendly Friends

April 10, 2011

Masih Seperti Dulu

assalamualaikum
maaf kepada blog kerana lama tinggalkan hang.hehe.aku balik Perlis hujung minggu baru ni.
masa kat rumah,kami sekeluarga didatangi satu kereta avanza hijau.aku kat dapur,terjengah-jengah sebab tak nampak memandangkan aku tak pakai spek.terdetik jugak di hati,family amir ke?hahahaha.gelakkan aku.tapi rupanya,tetamu kali ni adalah tetamu tak diundang namun sentiasa dinanti dan akan kekal dirai!

dia tok tiri tora,kawan aku yag dulu jiran aku.lepas tokwan tora meninggal,tok yang kami panggil toklang ni jugak meninggalkan rumah.tapi banyak nostalgia zaman kanak-kanak aku dengan toklang.seingat aku,dia memang sangat rajin memasak.kadang-kadang,pagi sabtu dia akan bawak nasi lemak kt rumah kami.sehidang lengkap termasuk bilis goreng,sambal,timun,telur rebus dan kacang goreng.tell me,sapa yang rajin sangat tu buat selengkapnya melainkan dia bibik dan maam dia suruh masak?hah.analogi tak tahan!

kalau hari raya,aku cukup suka lepak rumah toklang sebab dia selalu masak sedap-sedap.aku akan jadi orang pertama ziarah toklang masa pagi raya.tapi paling aku takleh lupa masa aku darjah 6,aku jadi ketua tarian sekolah untuk camping,aku cerita kat tora yang aku xde aksesori.petangnya,tora bawak set gelang,rantai ngan cincin zhulian toklang untuk aku.dia kata,toklang bagi pinjam.ah ah ah...terharu

yang paling tak berubah,dia tetap akan bagi duit kat aku walau aku hampir mencecah 21..

No comments: