Friendly Friends

April 24, 2011

Masih Jauh di Hadapan

assalamualaikum

semua orang yang masih belajar sekarang ni dalam mode exam kan?aku je tak sedar diri.esok ada paper Hubungan Etnik tapi aku hanya ulangkaji certain-certain bab yang aku uncertain.haha.oh,adakah episod keluar dewan peperiksaan awal akan berulang hanya sebab aku malas nak berfikir dan menggoreng?
frust jugak sebab 3-5 Mei nanti aku kena pegi Public Speaking tapi 3,4 tu adalah hari terbuka.budak Sains akan buat magic-magic dengan pakai lab coat yang aku rasa cute je.aku tak ada hari tu.sedih.

apa-apa pun,masa depan masih terlalu jauh di hadapan dan tak perlu kita beratkan kepala memikir sedangkan kita mash ada harapan untuk membaiki apa yang sedang berlaku.

lupakan yang lain.

menjelang kedewasaan,aku belajar yang ada hubungan yang dahulunya keruh, selepas beberapa tahun,tiba-tiba muncul keajaiban dan hubungan tu pulih.tapi ada jugak yang hampir 5 tahun atau lebih,hubungan tu ternoktah di situ saja.aku ingatkan diri,masa kita rasa down amat dulu sebab bermasam muka atau berselisih pendapat dengan orang lain,sabar,kalau kita salah kita mintak maaf...tapi kalau masih tak diendahkan,beri dia masa.

Allah tak takdirkan manusia untuk bermusuh melainkan mereka sendiri tak tahu nak jaga hubungan sesama sendiri.

kadang-kadang aku muhasabah diri jugak,mungkin hubungan dengan manusia tidak akrab sebab hubungan dengan Allah sendiri kita tak jaga betul-betul...pasti ada kesilapan di mana-mana...

jom baiki diri!

matahari pagi tadi.Subhanallah.sangat cantik ciptaan Allah!

kadang-kadang Allah hilangkan matahari, seketika, kita mengeluh..meratapi kehilangan satu bahagia..
kemudian Allah datangkan hujan, kita makin bersedih dan berfikir, adakah bahagia takkan lagi menjelma?

kemudian Dia hadirkan pelangi, indah..kita ketawa suka. inilah harga ujian yang kita bayar untuk mendapat keindahan selepas diduga!




No comments: