Friendly Friends

April 1, 2011

Kuch Kuch Hota Hai Kisah Realiti Cinta

assalamualaikum

ya ya aku tau aku berlagak...assignment tak habis lagi dah buang masa nonton movies..dan buat pertama kalinya aku nonton Kuch Kuch Hota Hai (KKCH) dari mula sampai habis padahal cerita tu masa aku darjah dua tahun 1998.dah hampir 14 tahun berlalu.tapi aku masih terpesona dengan jalan cerita dia dan lagu-lagu dia yang awww!!aku dah lama sebenarnya tak tengok Hindustan..dulu aku tengok kalau Shah Rukh Khan,Kajol,Amir Khan,ngan Aishwarya Rai berlakon je.aku tengok Mann,Kuch Kuch Hota Hai,Dil To Pagal Hai,Mohabbatein ngan yang terbaru, 3 Idiots.yang lain aku tak layan sangat.


aku cukup tak bersetuju masa Rahul pilih Tina sebagai gf dia pastu depa kawen.sebabnya aku lagi suka Anjali.yela.memangla Anjali tu heroin..semua orang tau..tapi aku lagi suka love story yang macam rock-rock sikit tak lovey dovey sangat.ha,kan padan muka.bila Tina dah takde baru nak cari Anjali.
time tu baru sedar sape cinta sejati dia??

oh lambatnya baru nak sedar.sebenarnya tu la hakikat hidup manusia...bila yang selama ni menjauhkan diri,barulah rasa kehilangan.barulah rasa selama ni hidup kita bertambah ceria dengan adanya dia.baru nak menyesal kenapa kita tak nampak 'kewujudan' dia dulu.kalau masih ada kesempatan untuk betulkan kesilapan baguslah.tu pun kalau orang tu sanggup terima kita selepas dikecewakan.kalau dia terus nafikan kewujudan kita?kalau dia nak kita jangan muncul-muncul lagi?menangislah kamu tidak berlagu.

moral of the story: kadang-kadang jodoh kita sedang berada di sisi kita. ----------> cepat tengok kiri kanan!haha.

kita mungkin tak sedar tentang dia..kita mungkin mengganggap dia sebagai kawan biasa tapi siapa tahu rencana Allah..oleh itu,janganlah menyakiti hati orang di sekeliling kita kerana mana tahu,dialah jodoh kita!nanti habis dia ungkit masa kawen yang kita pernah dating dengan orang lain depan dia la..sapa yang susah hati?haha

jodoh pertemuan di tangan Allah.sebagai manusia kita hanya mampu mendoakan yang terbaik...

No comments: