Friendly Friends

April 4, 2011

kalau menjual kena la ada yang membeli...

assalamualaikum

err.seriously,aku ada banyak barang nak jual.dan banyak yang aku tak pernah pakai langsung atau pakai baru sekali dua.contohnya kasut hitam aku, ada dua.satu tumit rendah sikit satu lagi high heels.sesuai untuk cikgu atau sapa-sapa yang suka pakai kasut tutup.saiz 37.kenapa aku nak jual?oh.sebab longgar di kaki aku.padan muka,dulu beli sebab berkenan tapi takde saiz pon nak jugak kononnya boleh pakai stokin tebal.
aku ada 3 pasang kasut untuk kuliah dan semuanya longgar.sebab tu aku dok pakai sepasang ja.yang lain simpan dalam laci.ishk.

pastu aku ada 3 pasang wedges lagi yang sangat jarang aku pakai.ada sepasang tu aku pakai sekali je.rasa tak cukup ayu untuk pakai wedges.selalunya aku pakai sandal asadi yang jenis getah tu je.membazir.

blouse pun ada jugak.haha.sebabnya aku lagi suka pakai tshirt.ada macam-macam warna dan gaya.jangan risau.takde tali spaghetti punya style.haha
handbag pon ada!nak tak?ada satu tu,aku pakai sekali je pastu rasa tak matang je bawak beg ada kartun.haha.ada jugak yang aku beli tapi disebabkan aku ada beg feveret,aku abaikan dia.tertinggal la dia dalam almari.ishk.

baju kurung pun ada.ada style riau..ada kurung moden..macam-macam ada.ada yang aku tak pernah pakai langsung pon sebab salah ukuran.baju dan tangan labuh...tangan dan baju lebar.walau aku suka corak dia,aku rasa nak let go untuk cari pengganti.

haha

esok aku upload yepp!


No comments: