Friendly Friends

April 12, 2011

Jom Kenali Si Genius, Albert Einstein

assalamualaikum

aku memang minat sangat Albert Einstein ni.dah berapa lama dah profile picture aku guna gambar dia.asyik silih berganti ja.bagi aku,dia idola aku dalam Fizik.dia memang superb!dia memang hensem,dia memang bijak!

jom kita kenali siapa Albert Einstein ni:

1. masa dilahirkan, AE adalah seorang bayi yang sangat gemuk dan berkepala besar!mak dia ingat dah salah formation dah budak ni,mak dia fikir,salah ibu mengandung ke,salah genetik dari bapaknya?ke,susu Anmum yang mak dia minum tu ada kesan sampingan?mak dia bermuram durja.tapi nasib baiklah lepas beberapa minggu lepas kelahiran AE,kepala dia megecil dan menjadi normal.tapi yang paling tak tahan,tok dia selalu jerit macam ni kat dia - kau gemuk!gemuk!gemuk banyak lemak!kesian AE.kecik-kecik lagi dah berdepan masalah obes


---------> teori aku: kepala dia besar sebab neuron dalam otak dia dah berkembang dari peringkat janin lagi.dia sudah mula memikirkan fakta Fizik sejak dari awal lagi.hebatkan?pastu aku fikir lagi,adakah bayi gemuk itu genius?berat aku masa baby dulu,masa dilahirkan,4.0kg.adakah ini bermakna aku genius?hahahaha.
2. AE ni autisme masa kecil.dia jugak menghadapi masalah sukar nak bercakap.kalau dia bercakap,butir-butir percakapan dia menjadi sangat perlahan.keadaan ni berlanjutan sampai dia berumur 9 tahun!family dia ingat dia ni ada masalah terencat kat otak since kepala dia pernah besar masa baby.tapi lastly,ayat pertama yang keluar dari mulut dia ialah - sup ni panas!pastu family dia tanya dia kenapa dia tak pernah bercakap selama ni,dia jawab - sebab baru sekarang,semuanya baru tersusun.ha,genius kan jawapan dia?


---------> teori aku: wah wah wah.memang hebat!tapi setau aku,budak yang mengalami autisme memang ada kelebihannya.maka para ibu bapa dan guru-guru di luar sana,jangan abaikan budak autisme.selalunya budak autisme mengalami masalah dalam lisan dan perkataan tapi sangat hebat dalam angka dan pengiraan!


3. inspirasi AE adalah kompas.masa dia berumur 5 tahun,abahnya telah membelikan dia sebuah kompas.masa tu dia sakit.masa 5 tahun lagi dia sudah berfikir kenapa jarum kompas selalu menunjukkan arah yang sama.dia yakin bahawa ada daya yang menarik jarum kompas tu menyebabkan arah gerakan jarum kompas adalah sama.


--------> teori aku: dia memang dilahirkan dengan otak yang cukup aktif dan mantap.aku apa yang aku tau masa umur 5 tahun?mak cakap aku still tak putus susu,haha.aku pegi tadika usung botol susu.aku hanya tau tengok cerita kartun dan selalu menangis kalau abang aku rampas remote.ak berwarna kelabu tidak putih tidak hitam.aku hanya tau daya adalah satu tenaga keupayaan yang diperlukan untuk gigit lengan abang aku tiap kali dia rampas remote.itu dunia aku.gigi adalah kekuatan aku.bukan compass.bukan.

4. otak AE dibuat jeruk selama 43 tahun untuk kajian.haha.macam kelakar je ayat ni kan?tapi tu kenyataan.masa bedah siasat mayat dia,doktor tu tanpa meminta izin telah mengopek kepala AE lalu mengambil otaknya,dimasukkan ke dalam balang dan diawet.mesti dia curious gila nak tau apa bezanya otak AE dengan orang lain.didapai bahawa otak AE kurang berkedut macam otak orang lain sebab neuron-neuron dalam otak dia banyak yang bersambung.bila dimasukkan dalam air,otak AE juga lebih tumpat menandakan otak tu berat berisi pelbagai ilmu.

----------> teori aku: AE memang mempunyai kepala yang besar bagi menampung berat otak dia tu.hipotesis aku,semakin besar kepala seseorang,semakin tinggi ketumpatannya.hipotesis ini diterima.selain itu,teori aku jugak mengatakan bahawa semakin besar kepala seseorang,semakin mengada-ngada perangai dia!

wekk!haha


2 comments:

Subaili Sekri said...

ohhhhh...

Cik Yana said...

Dulu selalu berangan nak jadi macam beliau dan saintis2 lain. Pastu bila dah tension dgn FYP, terus hilang angan-angan tu. Hahaha~ orang bagi offer sambung master pun cam dah tak sanggup nak terima. Tak sanggup nak wat kajian lagi dah. Hahaha~

Lots of Love,
Cik Yana