Friendly Friends

April 6, 2011

Daging Lembu Termahal Dunia

assalamualaikum

aku dapat idea untuk tulis topik ni daripada pensyarah aku dalam kelas BM pagi tadi.tenkiu Encik Nazri!sekarang aku nak kongsi dengan korang pulak pasal daging lembu yang paling mahal dalam dunia ni.kalau tidak,musim raya je mak-mak merungut sebab harga daging melebihi RM20 sekilo kan?agaknya kalau baca pasal entry aku kali ni,mesti para mak bersyukur sebab harga daging lembu kat tempat kita tak mencecah RM1554 untuk 150g di Jepun!euww!aku sanggup tak makan rendang!

cicah ketupat dengan gula?haha

okee okee.daging lembu yang aku maksudkan yang mahal amat ni berasal dari Kobe, Jepun.sebab tu daging ni dipanggil daging kobe.daging ni sangat istimewa sebab masa daging ni masih melekat pada tulang lembu dia,lembu-lembu ni mendapat penjagaan yang sangat rapi mengalahkan seorang suami menjaga isterinya.betul.tak tipu.antara yang dibuat untuk mendapatkan daging yang hebat ni adalah:

- badan lembu ni akan menerima urutan untuk memastikan dagingnya nanti lembut tapi pejal 
- lembu kobe ni akan direhatkan selama 10 jam sehari sambil mendengar muzik sentimental
- lembu ni akan diberi minum sake iaitu sejenis arak Jepun yang diperbuat daripada beras
- hanya rumput terpilih yang diberikan buat santapan lembu kobe
- kalau lepas berak,punggung lembu ni akan dibersihkan untuk memastikan kebersihannya terjamin

menarik kan?memanglah nak jaga tu penat sikit tapi hasil yang peladang Jepun ni dapat amatlah berbaloi dan lumayan!macam aku sebutkan di atas,harga bagi 150g daging kobe di Jepun mencecah RM1554.tu baru 150g.150g mana cukup nak buat rendang cicah ketupat!tak sempat nak melekat kat gigi pun.kurang-kurang sekilo.maka harga yang perlu dibayar ialah RM10 000++.

fuyyyooo!!!sanggupkah anda?sanggupkah?

oleh yang demikian,harga sebijik hamburger di Amerika Syarikat yang menggunakan daging kobe sebagai tarikan utama boleh mencecah $780.sila convert dalam RM

nilainya ialah RM2361.37!untuk sebijik sahaja.

hehe.hebatkan?maka kalau korang teringin nak makan daging semahal ni tapi tak mampu,cepat-cepatlah pegi manjakan lembu korang tu.memanglah baka tak sama tapi apa salahnya cuba mengurut lembu tu sambil pasang lagu country kat dia.ntah-ntah rasanya nanti macam daging dari Kobe.hehe

 ni gambar daging lembu tempatan

ni pulak gambar daging lembu Kobe

beza kan dia punya tekstur daging?


1 comment:

crazyhorsea29 said...

aku penah tgk kot dlam crita korea..Gourmet..masa diorang nak cari lembu..jaga elok gila ah..psg2 muxik semua..