Friendly Friends

April 3, 2011

Benda Yang Paling Annoying!

assalamualaikum

apa yang kita selalu buat bila berhadapan dengan sesuatu yang annoying?apa yang kita rasa?sebenarnya,apa benda yang masuk kategori annoying ni?

1. benda yang annoying

antara benda yang annoying bagi aku ialah sebarang mesin yang suka telan duit mengkhinzir buta tanpa memberikan servis yang sepatutnya.terbaru mesin pengering baju yang aku guna sebab nak keringkan baju memandangkan hari hujan.tapi mesin tu telan free ja RM2 aku.ingat sikit ke?RM2 dah boleh sara lunch aku tau!

pastu,printer dan laptop jugak boleh jadi benda yang sangat annoying terutama musim assignment.masa ni la dia nak tunjuk perasaan dan nak dibelai.kalau dilayan cara ganas kang merajuk pulak.tambah-tambah printer,sensitif amat!silap sikit kena tukar cartridge.kalau murah takpelah jugak

ha,ni satu lagi benda yang annoying!cuba teka apa benda?ya betul.tapi anda di belakang tu salah.jawapannya memang assignment.sangat annoying mengatasi segala benda lain yang annoying.dalam sem ni,paling annoying bagi aku ialah fizik walaupun best.tapi yang annoying tu la bagi markah lebih sebab major.ahhhh


2. manusia yang annoying

oh.ramai..haha.antara manusia yang bajet lawa padahal muka biasa-biasa tapi tak sedar diri ngutuk pulak orang lain tak lawa?oh sangat annoying..haha.sila balik cermin diri.ALLAH dah ciptakan kita sebaik-baik kejadian..jangan nak jeles-jeles dah pasni okee?:) haha

orang yang annoying juga adalah orang yang takde keje dan buang masa untuk miscall insan lain dengan niat mengganggu di tengah-tengah malam.bertambah annoying bila telefon orang yang takde kena mengena dengan dia pukul 2 pagi waktu orang tu dah tidur untuk bercerita sesuatu yang sebenarnya mendedahkan keaiban diri sendiri.oh annoying!

yang lain bagi aku tak annoying sangat.haha



No comments: