Friendly Friends

March 23, 2011

Tips Memilih Jurusan yang Sesuai di Institut Pendidikan Guru

Assalamualaikum

tahniah kepada semua lepasan SPM 2010.walau apa jua keputusan anda,tahniah kerana berjaya melepasi waktu-waktu genting seperti waktu itu!
ada kawan-kawan aku sms aku,tanyakan pendapat tentang jurusan apa yang patut adik dia ambil kalau nak minta IPG.sebelum tu aku nak ingatkan,jangan letak IPG sebagai satu institusi pendidikan yang menjadi pilihan terakhir anda.jangan anggap IPG sebagai tempat pelajar kurang cemerlang sebab kalau tak salah aku,sekarang kalau nak mintak IPG,anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 6A.kalau tak salah aku la.lagipun sekarang IPG dah mengendalikan program ijazah perguruan yang nanti kalau korang ke sekolah,korang akan bermula sebagai guru sekolah rendah dengan gred DG41 yang menawarkan tangga gaji sekitar rm2500.00.


macam mana nak pilih jurusan yang sesuai?

1. pilih berdasarkan kelayakan

 kalau korang banyak dapat A atau at least B dalam subjek-subjek Sains macam Physics, Chemistry dan Biology,korang boleh mintak jurusan Sains.aku pun ambil Sains.masa kursus persediaan selama 3 semester tu, kita akan belajar ketiga-tiga subjek Sains ni sekaligus dan akan jawabnya dalam 1 paper masa tiapkali exam final setiap semester.silibus dia sama dengan silibus matrikulasi+SPTM.bagi aku,sangat tough!tapi bila dah masuk degree,setiap satu semester,kita hanya akan belajar 1 subjek Sains sahaja.contohnya semester 1 kita belajar Biology (sebagai subjek major beserta subjek wajib dan elektif).semester dua Chemistry,semester 3 Physics.silibus universiti la.

kalau korang dapat A untuk add maths dan maths,aku cadangkan korang ambil maths.hehe.mudah kan?kalau minat seni dan dapat markah bagus,boleh mintak jurusan Pendidikan Khas yang menawarkan subjek Pendidikan Seni Visual sebagai subjek major.kalau cergas sukan dan minat dan pernah mewakilkan diri ke peringkat tinggi,korang boleh mintak PJ.kesimpulannya,tengok result kita dan pilih ikut kemampuan.jangan nanti memberontak sebab dapat jurusan yang tak diminati,memberontak dan malas belajar macam aku.

2. pilih jurusan ikut minat.

macam aku dulu,aku sangat minat BI.aku mintak TESL dan Sains tapi aku dapat Sains.agaknya sebab aku dapat 3 je kot untuk pemarkahan antarabangsa tu.TESL kena dapat 1 atau 2 je ke?
kalau dah dapat tu,syukurla.sebab aku ingat lagi pengarah aku cakap masa orientasi dulu,"kamu semua patut bersyukur sebab dalam kalangan hampir 20,000 yang memohon,tak sampai separuh yang dipanggil untk temuduga dan hanya lebih kurang 2000 orang sahaja yang terpilih bagi mengikuti kursus perguruan lepasan SPM ni!

Alhamdulillah

serba sikit pasal IPG..kita akan dibayar elaun sepanjang pengajian kita ikut zon.maknanya,kalau duduk IPG kat KL ke,tempat-tempat yang sara hidup tinggi ke,elaun korang akan lebih la dari yang duduk Jitra macam aku yang harga kueteow goreng kat cafe asrama RM2.50 je sepinggan ni.masa kursus persediaan,kita akan dapat RM430,bersih,setiap bulan dengan yurang pengajian dan yuran asrama ditanggung.

bila dah masuk degree,untuk semester pertama setiap tahun,kita akan dapat rm4000++.jumlah ni merangkumi elaun alat tulis,elaun buku,elaun kerja kursus dan elaun SBE (pra praktikum sebanyak RM10 sehari).tapi jumlah asal aku tak dapat kenalpasti sebab ditolak yuran asrama.kalau tak duduk asrama,aku rasa dapat dalam RM4500++ kot.yuran pengajian ditanggung.tu jumlah bersih yang kita dapat setiap semester pertama tiap-tiap tahun.

kalau semester kedua tiap-tiap tahun pulak,kita akan dapat dalam rm3000++.clean.dah tolak asrama.kalau tak,dalam RM3500.

haha.ewah ewah..suka benar kau ye cakap pasal duit!haha.tu la amanah menjadi seorang pendidik sebenarnya.kita ditaja..maka janganlah kita sia-siakan amanah tu.juga berpesan pada diri sendiri..

okee.ada apa-apa soalan lagi?sebarang kemusykilan boleh reply comment di bawah ni.akan cuba dijawab sebaik mungkin InsyaALLAH.




16 comments:

cik riffa :) said...

sy mohon utk tesl @ program bkembar bio kat ipg.tapi bila cek2 interview.huhu..
takdapt..

Nur Hazirah said...

saya dapat 7a spm tp c untuk bio..saya nak apply ipg, tapi risau ditolak sebab ada yg kata dpt 10a pun ada yg tak dpt..boleh ke saya mohon, saya takut tak dapat interview...

Qirah Isa said...

@cik riffa: tak buat rayuan ke? utk prgram berkmbar (PPC) kena dapat atleast 7A. utk TESL pulak saya tak pasti. sbb sy sndiri apply tak dapat. haha

Qirah Isa said...

@Nur Hazirah: tak salah kalau cuba :) mgkin sbjek Matematik sesuai. sains dah tak ditawarkan di IPG. katanya cikgu sains dah banyak. macam kt IPG saya, kelas sains ada 2 je

Nur Athirah Anuar said...

salam, kak. saya memang minat nak jd cgu bahasa inggeris since sekolah rndah lagi. ingat nak TESL kat IPG. tp sy just dapat 5A, 4B. 3 subjek SC semua B+. tp BI A+, GCE-O dapat A1. saya risau dtolak sbb ramai yg dapat result lagi lagi bagus mohon kan. aduhhh.

Qirah Isa said...

@nur athirah: TESL dulu dihntar ke oversea selama 3 tahun. tu antara sbb sy apply tesl. tp tak dapat. haha. sekarang tesl tak dhntar ke oversea dh. utk sains pn dh tak ada pengambilan dh. kalau adik minat, boleh apply cos lain. mgkin pendidikan khas atau pemulihan. pendidikan khas ni kita akan ajar budak-budak yg alami masalah pembelajaran. cos ini agak baru, nk pakai ramai agaknya. cubalah. kita tak tau rezeki kita :))

Maisarah Ivander said...

salam kak,kalau mcm cikgu PJ tu,kalau kite apply tpi kite xde la masuk pertndingn smpai peringkat negeri pun,boleh apply x?

Maisarah Ivander said...

salam kak,kalau mcm cikgu PJ tu,kalau kite apply tpi kite xde la masuk pertndingn smpai peringkat negeri pun,boleh apply x?

Anonymous said...

alhamdulillah..rmai yg brmnt nk jd guru..teruskan usaha adik2 ea..sy second batch for pismp ipg..now i'm in school as a teacher..4 ur information adik2..untuk menjadi seorang guru perlukan semangat n keyakinan yang tinggi..apa yang kita belajar di ipg kdg2 tk dpt kita praktikkan di sekolah..suasana di sekolah jauh berbeza dengan apa yang kita pelajari di ipg...kena pndai ssuaikan diri ble di posting nti..jgn trkjut adik2 kna mgjar bkn sbjek majow adik2 di ipg...cerita berdasarkan pglman sndiri...but study in ipg is the best moment i ever had... for adik Maisarah lvender~bleh je.sjil2 tue just nk support ur SPM.. :)

Anonymous said...

Menarik post ni.sukaa sangat.

Anonymous said...

Salam . Nak tanya. Kalu kta terpilih utk msuk ipg .yuran pendaftaran or apa2 yuran yg perlu dibayar sblum masuk tu ,agak2 jumlah nya brpa ek ? Hrp akak blas :)

Qira said...

waalaikumusalam

yuran masuk masa awal2 mendaftar program persediaan adalah percuma dan percayalah cakap saya, hidup di IPG ni tak memerlukan wang yang banyak sebab kita anak emas KPM. ehehe

tapi mungkin kalau tak salah ingatan saya, kena buat setem hasil kot. tapi memang tak spend duit sampai beribu. banyak guna duit untuk keperluan peribadi je. yuran tak ada

Anonymous said...

Assalamualaikum kak, semua ipg memang ada ke bidang tesl? lepastu dalam berapa org eh dia amik bagi 1 ipg?

Muhammad Jalaluddin said...

Assalamualaikum.. Sy dngr rmai yg sangkut kat interview.. ADa x tips,prsdiaan utk hdapi iv? Tk.. :)

Anonymous said...

kak saya nak tanya skit nie TESL tu apa? then kak mcm saya dpt 6A SPM yang A nya A solid nya BM,BI,SEJ,MATH then A- pendidikan islam dan lukisan kejuruteraan pastu teknologi kejuruteraan saya dpt B , PHYSIC dan ADD MATH saya dpt C+ , lastly chemistry saya dpt D akak rasa saya patut amik bidang apa ea? saya buntu lah kak kat skolah saya kira star lah main pancaragam nie and then sukan saya main ragbi sampai peringkat negeri dan petanque saya main smpai antarabangsa....so kalo boleh saya nk tanya pendapat akak? bidang apa patut saya pilih?

Hasnatul Syakhira said...

kalau degree mmg x dudk asrama ke