Friendly Friends

March 3, 2011

Tidur Masa Lecture,itu Benda Biasa!

assalamualaikum

kan tadi tidur lambat..nasib baik aku bangun awal la jugak.sempat la update blog (entri sebelum ni). tapi tengok apa yang jadi masa kat Dewan Kuliah tadi!
credit to Arifah Saimi sebab jadi mamarazzi yang hebat!sempat ambik gambar orang tido ye!

mengantuk masa kuliah tu benda biasa.haha.cakap mai,sapa yang tak pernah terlelap masa kuliah?mau-mau pulak orang ramai,dewan sejuk..lagi la masyuk!

tabiat ni normal dalam kalangan pelajar..aku dulu masa sekolah menengah lagi la tak kira subjek aku tidur.tak kira ckgu ada ke tak,cikgu garang ke tak..kalau ngantuk ni takleh paksa mata kita bukak..tak baik untuk kesihatan mata tau!

kalau kat dalam makmal kat sekolah dulu,bila mengantuk je,aku pegang kuat-kuat paip air kat depan aku so that kalau aku tertido dan tersengguk,aku takkan terpelanting ke belakang.haha.meja makmal kan tinggi..dahla kerusi tak ada penyandar.sekali jatuh,mau slip disc-disc tulang belakang aku!
kalau kelas biasa pulak,aku tanpa segan silu tidur sambil duduk,tangan pegang pensel dan satu tangan lagi kat kepala.konon tengah memikir.haha.tapi sejak belajar nak jadi cikgu ni,jarang la aku tidur dalam kelas.hari ni je,sebab tidur tak cukup sangat.

aku jarang mengantuk dalam kelas,tapi aku cukup mudah rasa bosan.kalau kelas yang pensyarah suka cakap sorang-sorang,lagi la aku cepat bosan.bila aku bosan,aku kacau orang.buat lawak bodoh.tapi perlahan-lahan,suara aku makin tak dengar...dan aku makin hanyut dalam alam mimpi..

kawan-kawan aku dah faham sangat.kalau aku diam,maksudnya aku tidur.kalau tak,orang lain tak sempat nak tidur sebab kena kacau dengan aku!

kesimpulannya,tidak salah untuk tidur dalam kuliah asalkan kita tetap menjaga adab susila dan tatatertib dalam menuntut ilmu.buktikan pada semua bahawa walaupun kita selalu tidur dalam kelas atau kuliah,kita masih mampu score pointer mantap setiap semester!yeah!







1 comment:

shiqin said...

haha..btol2. perkara bese lah..lect dok bebel kat depan student nyer berdengkur.

klu dpt lect yg slow.. boring mmg nie lah jd nyer.
wakakaka.

singgah kat..
http://shiqinzainal.blogspot.com/2011/03/post-memaki-orang.html