Friendly Friends

March 7, 2011

Saya Suka Jadi Cikgu

assalamualaikum

hari ni hari pertama aku pegi sekolah untuk SBE/ROS yang ketiga.dia lebih kurang praktikumla.cuma kami tak ngajar


tapi dulu yang sebelum-sebelum ni,mesti aku dapat tiket ganti kelas.maths..kajian tempatan..BI..even prasekolah aku dah masuk.hahaha


tapi kali ni aku sorang aje.agak mati kutu pada permulaan tu.tapi abah dah cakap,ada kawan abah yang ajar PJ kat sekolah tu yang boleh tolong aku buat tugasan.Alhamdulillah.dah jumpa Cikgu Alias tu.cikgu tu asyik cerita zaman muda dia dengan abah yang asyik main bola sepak.hehe


hari ni cikgu-cikgu buat jamuan.Alhamdulillah dapat makan mi bandung percuma dan tak rasa kekok walaupun sorang-sorang sebab walaupun aku macam budak-budak,depa ajak aku makan semeja..sembang-sembang macam aku ni cikgu lama jugak.hihi


pastu aku lepak je kat perpustakaan.tak tau nak pegi mana.pastu ada budak-budak darjah 1 masuk meluru dan ada yang tak segan silu mai duduk jenguk buku apa yang aku baca.tak kurang jugak yang tarik kerusi duduk sebelah aku walau banyak lagi tempat kosong.oh


ni dia budaknya.pastu seronok je dia.asyik cakap, Cikgu,boleh tak saya nak kencing?
cikgu Shaqirah cakap, oh..awak tanya cikgu awak.nanti cikgu awak marah pulak awak mintak izin cikgu.
dan dia budak yang sama mintak kebenaran tu sebanyak 3x. puffffftttt

yang pulak mintak aku ajar dia membaca.aku pun ajar la.pastu mai la lagi sorang,sorang dan sorang ke meja aku dan mintak aku ajar membaca.bila depa nak balik,budak ni mai kat aku dan cakap, Cikgu,cikgu ni baik..esok cikgu mai kelas saya na.saya nak tunjuk lukisan yang saya warna.
aku gelak dan cakap,ye..esok cikgu pergi kelas awak.

budak-budak..cepat manja.bila aku cerita kat mak,mak cakap,chewah!dah kumpul peminat nampak!amir pulak gelak besar.dia cakap,bagusla sayang..budak-budak darjah 1 ni cepat manja..kita kena pandai amek hati depa bagi depa tambah sayang kita..

tengok.very supportive la!haha





1 comment:

sarah mohamad said...

macam2 perangai budak2 ni boleh tengok. teehee