Friendly Friends

March 24, 2011

Pedih

assalamualaikum semua

awal betul aku update hari ni kan?actually baru lepas masukkan bahan dalam portfolio.semalam tertidur awal sebab penat hampir 1 jam setengah berkawad dalam hujan lebat bersama ahli Pandu Puteri yang lain.sangat penat.tapi nasib baiklah assignment yang kena hantar hari ni tu dah siap dari petang.kalau tak,mau pengsan aku pagi ni.

sambil mengemas fail yang nak bawak pegi kuliah hari ni,baru aku perasan yang novel A Place Called Here tu aku tak habis baca lagi.ada dalam 1 chapter je lagi kot.kesibukan dalam minggu ni buat hidup aku agak tak terurus.pastu belek-belek lagi.novel yang aku beli kat pesta buku dulu,A Fairytale About New York pun aku tak sentuh langsung lagi.takpelah.tunggu semua assignment habis dihantar minggu depan,aku mula baca balik.

dua assignment dah dihantar.ada 5 lagi menanti yang semuanya kena hantar minggu depan!

err.

mata aku makin mengecil.mungkin sebab tak cukup tidur dan power silau yang makin meningkat.kadang-kadang tak suka bila senyum sebab bila pipi tembam,dia akan tolak naik atas dan mata aku takkan nampak lagi.

---------------->padah mengata kat amirah samat dan syarni farida yang mata depa kecik kat sekolah dulu!

apa yang pedih?

oh.tengah pedih perut.lapar yang amat.harap-harap sempat nak pegi cafe beli breakfast.aku selalunya minum anlene je pagi-pagi.kadang-kadang kenyang kadang tak kenyang.tapi boleh la untuk mengalas perut kan?kenyang sangat nanti mengantuk pulak.

petang ni cadangnya nak keluar.nak beli cartridge.tadi print bahan tu,untuk biodata,habis muka aku warna hijau muda.tapi dek tak ada cara,aku masukkan juga dalam portfolio.haha

pastu mengidam nak makan yong tau fu la...oh.perut makin pedih!

No comments: