Friendly Friends

March 1, 2011

Mee Campak

assalamualaikum semua.
kembali bersiaran lepas post entry berbaur redha semalam.
takpelah.
sabar dan sabar dan sabar.tunggu la tengok aku mekap lawa-lawa nanti,aku bergaya habis-habis,takde sebab hang nak ngata aku burok lagi
haha
tudia ayat!habis geram la ni

bagi mengalih perhatian semula ke resepi yang aku nak kongsi kali  ni,meh aku nak tunjuk gambar Mee Campak yang aku buat masa balik rumah last weekend!
lighting memang tak lawa and i'm so sori for that.hee~

kenapa aku panggil mee campak?actually aku nak buat mee bandung atau mee jawa tapi kena ada udang kering tumbuk.most of my family terutama aku memang sangat allergic dengan udang walaupun udang kering.aku pun ubah plan dan buat mee campak dengan mencampakkan apa saja bahan yang boleh dicampak dalam kuali

aku guna:
ayam bahagian dada
3 pieces of fishcakes
sos cabai
sos tiram'
cuka
sayur sawi
carrot
tomato
cabai blender - dinumis
bawang putih yang ditumbuk - ditumis

mula-mula,tumis bahan cabai blender dan bawang putih sampai naik bau dan pecah minyak.pastu aku masukkan ayam dan fishcakes.masukkan sos tiram dan sos cabai tu.kacau2..masukkan air.masukkan batang sawi yang keras dan carrot.masukkan lagi apa yang masuk.bubuh garam gula.cuka sikit.masukkan tomato dan daun sawi.biarkan kejap aje.pastu tutup api.

mee tu jangan lupa celur pulak.jangan lama sangat.nanti kembang tak sedap.

siapp!
seronok dapat jamu family makan.hehe


No comments: