Friendly Friends

March 30, 2011

Jenis-jenis Kawan di Sekolah.edisi wajib baca untuk mengimbau kenangan zaman persekolahan

assalamualaikum

Ingat tak masa kita zaman sekolah dulu? Kalaupun bukan zaman sekolah,zaman kita belajar dulu kat mana-mana pon kita akan jumpa macam-macam ragam kawan-kawan.ragam kawan-kawan?err..macam mana tu?jom kita kenali mereka!

1.       Yang suka menjawab
-          Yang ni kan,asal cikgu tanya aje,dia akan jadi manusia pertama yang angkat tangan.manusia positif akan beranggapan dia hebat sebab dia berani dan ada jawapan untuk soalan yang ditanyakan.yang negatif pulak akan anggap dia ni pulun dan berlagak hebat.personally,aku suka kalau ada anak murid aku macam ni nanti.
-          Yang tak bestnya pulak,kalau ada murid yang suka menjawab benda yang tak penting.suka sangat menjawab!masa tu rasa macam nak getap gigi kuat-kuat,jegil mata dan angkat tangan.budak macam ni tak boleh biar ye cikgu-cikgu..takut lama-lama,dia akan hilangkan taring kita sebagai guru!hihi

2.       Yang nerd
-          Tipikal si nerd adalah murid yang pakai spek mata,kalau boynya pakai gel rambut sebotol sampai kalau terkena panahan matahari pun boleh pantulkan cahaya kat kita balik dan kalau gegirlnya pulak,pakai spek dan pakai braces (tidak semua). Budak macamni boleh kita cari di perpustakaan masa orang lain tengah rehat dan beratur beli makanan sedangkan dia dengan cool-ya-amat pegang buku Physics yang setebal 1345 muka surat dan setebal 4 inci serta 3kg berat.
-          Tanya je apa-apa soalan kat si nerd,insyaALLAH tak menghampakan.selalunya si nerd menjadi harapan sekolah tetapi menjadi mangsa usikan kawan-kawan.ada dulu boy sekolah aku, (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan), kami panggil dia brainy.bayangkan,kalau dia tidur masa belajar pun,jari telunjuk dia akan pegang sisi kepala (otak) sambil sebelah tangan lagi pegang pensel.pastu masa exam,orang lain dapat 30an-70an add maths.dia?apa barang 30an-70an..paling sikit dia score pon 94!jeles betul aku.
-          Pastu kan,si brainy sekolah aku ni,aku ingat lagi,masa SPM.esoknya Chemistry,3 hari lagi Physics.dia relaks je tak sentuh Chemistry tapi baca Physics almaklumlah si cekang Chemistry.pastu masa kami sibuk isi permohonan online untuk matrikulasi.dia relaks je..agaknya sebab dia tau,lebih dari matrikulasi pun dia dapat agaknya.dan tahniah seperti yang dijangkakan,anda dapat 10A1!hihi

3.       Yang hiperaktif
-          Oh.terdiam sebentar aku nak cakap pasal si hiper.kalau sekolah rendah,wajib ada budak hiper.tak makan saman!suruh duduk dia berdiri.suruh berdiri dia berlari.suruh berlari dia berguling.hish.pendek kata,bagi la arahan tertinggi supaya dia tak mampu lakukan.sebagai contoh,” Ahmad (bukan nama sebenar),pegi berdiri atas awan!”
Err..kalau dia buat jugak macam mana?tak ke haru!budk hiper selalunya lurus tau!
-          Ada ke budak sekolah aku hiper dulu?haha.ehhh kenapa pulak tak ada..mesti la ada.Cuma takde la sampai tahap cikgu suruh berlari dia berguling.yang cikgu suruh buat latihan Add Maths,dia pegi upah kawan-kawan dia buat adala.shaqirah (bukan nama sebenar.hihi) selalu buat macamtu.dia upah azimah (juga bukan nama sebenar.haha) untuk buat latihan add maths dia dan sebagai galang ganti,dia tolong buat essay BI dan BM azimah.haha.hiper tak hiper tak?ohh semestinya tidak.itu namanya genius.

4.       Yang pendiam
-          Yang pendiam ni kadang-kadang bagus untuk ketenteraman sebab aku tak suka bising-bising sangat (bising,interaktif,ceria dan aktif adalah perkataan yang membawa maksud yang berbeza).yang tak bagusnya,yang pendiam ni selalunya suara dia perlahan yang amat.bagi pegang mic pon tak tentu lagi suara dia kuat.selalunya la.tapi ada jugak si pendiam yang sekali bersuara..mak aii!!dengan kasarnya,dengan lantangnya..sebab kata-kata peribahasa ada menyebut, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.selalunya yang pendiam ni ibarat gunung berapi.dia pendam pendam pendam..sekali meletus..ha!ambik!maka berhati-hatilah anda denga orang pendiam.payah nak marah tapi sekali marah lambat nak sejuk.baik balik yang potpetpotpet.bila tak puas hati,dia akan luahkan dan benda tu akan setel cepat.okee?
-          Untuk mengubati penyakit diam,adalah baik sekiranya anda menggunakan teknik mengajar murid bagaimana nak kuat dan lantangkan suara macam cikgu BI aku,Madam Art masa tingkatan 3.aku ingat lagi,kami tengah belajar Literature masa tu.dia suruh kami bawak novel pegi padang sekolah..dia bergerak jauh dari kami (hampir 50 meter) dan tanya kami sorang-sorang,” if you have 1 millon ringgit with you,what will you do?”dan aku ingat lagi jawapan aku ialah,” I wanna have my own law firm!”ohh.

5.       Yang suka menyampuk
-          Seriously,yang ni annoying.haha.belum habis kita bercakap,dia dah sudahkan ayat.kalau ayat yang dia sambung tu betul takpe la jugak.jimat saliva kita.tapi kalau dia sambung dengan ngarut-ngarut..geram kan?haha.contohnya, “ saya nak kamu semua siapkan report Sains ni….” Dan dia terus menyampuk,” pastu tak payah hantar cikgu kan??” grrrr….lagi bengang bila kita cakap,” esok saya takde…” dia terus cakap,” yeyeyeye!cikgu takde!!”

Bagaimana saya tahu?saya juga masih bergelar pelajar seperti anda.haha

6.       Yang superpower
-          Yang ni kita bagi tabik spring toiinkk toiinkk!!dia la raja di padang,dialah si genius,dialah Ketua Pelajar,dia la pengerusi persatuan,dia jugak la kapten pasukan kawad,dia jugak pengerusi badan amal pelajar,dia la wakil sekolah pantun,dia la pembahas,dia jugak join pidato,syarahan,forum,kuiz dari kuiz kesihatan sampai kuiz Chemistry!dia juga wakil sekolah ke perkhemahan,dia jugak yang menari,dia jugak yang jadi MC,dia jugak yang teman kawan pegi hospital dia jugak yang hias pentas dia jugak yang segala-galanya!serba boleh.kadang-kadang jadi heran,cukup ke dia hidup dengan 24 jam?sempat ke dia makan?sempat ke dia tidur?sempat ke dia dating?sempat ke dia buat homework?ke dia upah kawan buat add maths macam shaqirah tu?sempat ke dia basuh baju,ke dia humban dalam machine je?
-          Yang kita tabik,dia tetap menduduki carta top 10 sekolah.ohh.

Banyak orang banyak ragam.yang tu yang menceriakan alam persekolahan kan?betul kan?ntah-ntah,sambil korang baca,korang dah terbayang sape kawan korang yang memiliki ciri-ciri yang sama yang aku sebutkan.haha.aku pun sama la sekarang ni.sorang demi sorang aku terbayang.banyak lagi sebenarnya.yang suka mintak hasil (belanja),yang pantang dengar bunyi kita pegang plastik terus dia mintak makanan kita..yang suka menempek kat katil kita malam-malam..yang  suka mengadu domba..yang selalu jadi kanselor kita..yang suka bergayut kat public phone..yang suka menyanyi dalam jamban..yang hantu megi..yang hantu biskut Hup Seng..(As Eleyana,cepat terasa cepat!haha)

Okee?sehingga bertemu di lain rancangan.aku nak solat sat.tadi penat sangat berkawad.pastu japgi nak  pegi bilik Kak Madi sedut movie baru (oh ya.ada jugak yang suka merayau-rayau).haha.tata.babai!!

3 comments:

♥♥LiSsA♥♥ said...

teringin nk kmbli zaman sekolah dulo2:)

crazyhorsea29 said...

sapa brainy tu?

Husna Lana said...

haha si brainy = _n_m kann?