Friendly Friends

March 8, 2011

Hidup Biar Berbudi, Mati tak Dikeji!

assalamualaikum
merujuk pada tajuk di atas,kadang-kadang boleh dibahaskan balik..kita dah rasa kita berbuat baik,kita cuba jadikan sesuatu benda itu jadi yang terbaik tapi masih lagi tak dapat puaskan hati semua.
kenapa?

aku kadang-kadang cuba sabarkan hati..lumrah manusia memang memiliki sifat tidak berpuas hati..

bila usia menginjak ke angka 21,makin banyak ujian yang perlu dihadapi,makin banyak cabaran yang perlu dihadapi.aku tak mintak untuk diselesaikan masalah itu segera tapi aku mohon kekuatan..aku mohon dipermudahkan  jalan..aku cuba fikir positif.macam kata Shiela,anggaplah setiap manusia yang datang untuk menguji aku tu adalah utusan Allah untuk memantapkan iman dan kesabaran..

aku akan sabar lagi..insyaAllah

semoga Allah menguatkan jiwa dan diri untuk terus berjuang

berterusan diuji macam ni aku harapkan berjaya membentuk personaliti positif Nur Shaqirah Mat Isa

Astagfirullahalazim..

semalam aku menangis,aku menangis dan menangis
dah puas aku menangis,aku gelak.aku dah tak mau bebankan diri dengan benda yang remeh yang aku tau aku tak buat.Alhamdulillah,aku yakin kebanaran berpihak pada aku.yang penting,orang-orang yang kenal aku percayakan aku.

hari ni aku tersenyum.aku tak mau masalah yang membelenggu diri aku,aku terbawa-bawa sampai ke sekolah.aku seorang guru.aku punya amanah dari Allah.aku diamanahkan untuk mendidik khalifah-khalifah muda yang suatu hari nanti.aku takmau pembelajaran depa terjejas hanya sebab aku punya masalah.

insyaAllah,selepas ni Nur Shaqirah akan menjadi seorang wanita yang bukan sahaja bergelar seorang pendidik yang disayangi dan berupaya menghulurkan jambangan ilmu buat yang memerlukan.Nur Shaqirah akan menjadi wanita matang yang takkan gentar dengan ujian malah akan berusaha menanganinya dengan berhemah.ujian tidak menjadikan kita makin kecil tapi itulah tanda kedewasaan!semakin besar diuji,kalau kita kuat,kita akan dapat ganjaran yang besar dari ujian tu,InsyaAllah.

maaf para sahabat.aku dah deactivate facebook.bukan sebab apa..cuma aku rasa agak letih dengan facebook.banyak dah benda berlaku pada aku disebabkan facebook ni.aku perlukan masa untuk jauh dari medan sosial tu.kalau ada apa-apa,boleh contact Amir atau emel aku atau kita berhubung saja di blog ni.doakan segalanya baik-baik saja.


hadapilah dengan senyuman!

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja

bila ketetapan Tuhan
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang

terima kasih untuk mak abah,bampik,kakja,adik2..amir..paah dan semua sebab masih setia di sisi!





No comments: