Friendly Friends

March 3, 2011

Hakikat Telur dan Air Masin

assalamualaikum

kalau readers sekalian dihubungkan dengan aku melalui facebook, korang akan tau betapa sinonimnya perkataan ni dengan aku semalam!

oh tak cukup tidur!hari ni ada dua report Fizik yang nak kena hantar.padan muka sebab bertangguh!dekat 3.30 pagi tadi baru boleh tidur.tapi Alhamdulillah laptop ngan printer tak meragam.kalau tak,mesti aku ambil MC hari ni dan pura-pura lupa nak kirimkan mintak kawan hantar sekali.hihi

hello!!!
apa kaitan telur dan air masin?

oh..

aku kena buat report pasal Buoyancy semalam.ada eksperimen pasal keapungan telur dalam air paip biasa dengan air garam.telur ni akan terapung dalam air garam sebab dia kurang tumpat berbanding air garam..yang tu memang korang tahu, tu asas Sains je.tapi jom fikir sama-sama dengan aku tentang fakta ni!

---------------->

macam mana kita nak buat telur tu menjadi masin?kenapa telur yang direndam tak berapa nak lama dalam air garam boleh jadi masin padahal ikan laut tu duduk sepanjang hayat dia tapi tak masin-masin?hebat kan ciptaan ALLAH?air garam tu boleh meresap melalui kulit telur tapi tak meresap masuk dalam isi ikan yang lembut?

teori nak kita boleh guna pakai dan kita boleh implemen dalam kehidupan seharian kita.

macam mana ya...?

kita manusia,kita nak macam ikan ke,nak macam telur?kalau ikan,bila kita digasak dengan masalah,kita akan buat tak kisah tapi kita tetap akan harungi masalah tu.kita hadapi masalah tu.kita berenang dalam air masin tu setiap hari.tapi sikit pun hidup kita tak terjejas dengan kemasinan air laut.kita tetap berenang..cari makanan..berpoya-poya dalam Bikini Bottom..dan kita tetap boleh makan Krebby Petty.hakikatnya cayalah weih,takde effect langsung!

rileks aje..

kalau telur,rendam dalam air garam,rasanya seminggu je dah masin berdengung macam orang utara cakap!tak boleh nak pertahankan prinsip langsung!cuba masa air garam tu nak masuk,telur tutup rongga-rongga dia padat-padat.mesti air garam tak berani masuk.

seumpama seseorang yang cepat sangat melatah dalam kehidupan.orang ngata sikit dah nangis.eleh,hang nangis ni dia tau ke?dia sape yang berhak buat hang nangis?dia ke jamu hang makan nasi kandar?tak kan..dia ke yang tolong buat report hang masa hang dah biul macam hapetah?tak jugak kan..dia hanya stranger yang takde kena mengena dalam hidup hang.apa nak kisah pasal dia?

jom jadi macam ikan.rileks aje..haha


tapi apa-apa pun,makan telur masin memang heaven!aku lagi suka yang merah dari yang putih.orang cakap,tanda masin tu telur elok ialah yang merah dia tu macam berminyak!

-------------> maafkan aku yang mengarut sebab kurang tidur dan terbawak-bawak pasal report aku semalam.lalalalala.rini balik kampung.minggu depan ada SBE.kalau korang tak tau,anggapla SBE tu macam praktikum seminggu untuk pelatih guru dari Sem1 sampai Sem4.ni SBE ke3 aku.enjoy!





3 comments:

:: Zanna :: said...

mornink!! klik HB juga =)

azida(shaida) said...

ooo sedapnye telur masin..haha

azida(shaida) said...

ooo sedapnye telur masin..hehe