Friendly Friends

March 4, 2011

Doa Seorang Hamba


bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
Akhir-akhir ini aku rasa benar-benar diuji kesabaranku..teguhkanlah imanku dan kurniakan kekuatan bagiku untuk bersabar dalam ujian ini..

Jauhkanlah aku dari sebarang fitnah dunia..fitnah yang membuatkan aku dicemuh dan dimaki sedangkan hakikatnya,hanya Engkau dan teman-teman rapat sahaja yang tahu apa sebenarnya yang telah berlaku..

Kau tunjukkanlah kebenaran itu suatu saat nanti ya Allah..agar bisa fitnah yang dilemparkan itu nanti membuatkan aku kembali di pihak yang benar..

Aku hanya mahukan pandanganMu terhadapku namun pandangan serong manusia-manusia lain dek fitnah itu membuatkan aku merasa amat terkilan kerana tidak mampu membela diri ya Allah..

Aku kembali kepadamu dengan niat,ampunkanlah dosaku andai benar aku bersalah..namun jika benar aku difitnah,tunjukkanlah kebenaran itu ya Allah..

Aku berserah segalanya kepadaMu ya Allah..lepaskanlah simpulan di lidahku agar orang lain dapat memahami percakapanku..jernihkanlah hati-hati kami agar sampai maksud perkataanku kepada mereka..

Jika dia Kau datangkan sebagai ujian buatku,aku redha ya Allah..

Hanya Engkau tahu betapa aku telah sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan namun tidak berdaya.oleh itu,aku serahkan segala perhitungan kepadaMu ya Allah..

*maafkan aku kalau ada entri aku sebelum ni yang tiba-tiba nampak macam aku tengah bengang.maaf sebab tak mampu kawal emosi.sesungguhnya kali ni aku hanya nak sabar,sabar,sabar dan sabar...tu je senjata yang aku ada untuk menenangkan diri,InsyaAllah..
entri-entri tu aku dah delete.semoga tiada lagi hati yang terguris.
awak,walaupun awak anonymous yang selalu stalk blog ni dan tinggalkan komen-komen yang selalu buat saya sentap.takpe..semoga saya terus sabar.insyaAllah


1 comment:

Anonymous said...

Thіs іs my firѕt time go to see at herе аnԁ i am actuallу impressed to read all аt ѕingle placе.
Here is my page - http://www.asbbook.com/