Friendly Friends

March 25, 2011

Doa Dikurniakan Jodoh yang Baik --------> untuk wanita

assalamualaikum

sedikit perkongsian buat para mawar yang sedang mekar berkembang.chewah.kalau yang dah berkembang tu,jangan pulak gugurkan kelopak atau biar kumbang jahat gigit kelopak kita.kalau kumbang jahat mai jugak,cepat-cepat cucuk dia dengan duri kita.depa ni kita kena layan ganas-ganas sikit.hee~

dalam hati ada taman,
dalam taman ada pelita,
niat hati nak pinang Lokman
apakan daya aku wanita!

sapa cakap salah pinang lelaki?zaman Saidatina Khadijah dulu,Rasulallah dipinang tau,bukan meminang.cumanya adat kita cakap tak elok...macam perigi cari timba.yelah,dah timba tu slow sangat.dahla banyak timba yang berlumut berlubang sekarang kan?haha

takpelah.teruskan misi pencarian anda.sama ada anda menemui atau ditemui,saya doakan pertemuan itu di bawah rahmat Allah,insyaAllah...

nak berkongsi pembacaan dalam sebuah novel Islamik yang sudah terlupa akan judul dan pengarangnya,maaf,aku tertarik dengan doa yang dilafazkan serta maksud dia sekali.jom kita cuba baca sama-sama.

hoiit!nak berdoa tu angkat tangan la!

ishk2..

okee kita mula.

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma sa'khirli zaujan sahibanli yakhtibuni
wayatazauwajubi
wayakunu sahibanli fiddunya waljannah.

ameen..ameen ya rabbal a'lamin..

maksudnya:

ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah aku suami yang soleh...
dia meminangku,
mengahwiniku,
dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga...

ameen..ya rabbal a'lamin..


perkongsian hidup bukan untuk sehari dua malah diharapkan untuk dibawa ke syurga..bidadari bagi seorang suami ialah isterinya di dunia menyenangkan,membahagiakan dan membina keluarga bahagia yang dirahmati Allah...


susah nak jumpa lelaki berkualiti zaman ni (samala dengan perempuan).tetapi lelaki yang berwibawa untuk memimpin kita..menjadi imam pada tiap solat kita..mampu menjawab persoalan agama kita dengan baik payah nak jumpa.kalau dah jumpa,jaga baik-baik..

sebab kalau dah nak pupus,pemuliharaan pon tak guna lagi.hikhikhik


No comments: