Friendly Friends

March 7, 2011

Cupcakes.really?

assalamualaikum

3 biji telur
2 cawan setengah tepung gandum
2 sudu teh ovalette
1 cawan gula pasir, dikisar
susu segar-150ml
3 sudu teh baking powder
pandan paste/ apa2 saja perisa yang korang nak
cups

putar telur,gula pasir dan ovalette sampai kembang dan gebu.pastu,masukkan susu segar dan tepung gandum berselang seli secara sedikit demi sedikit.masukkan baking powder.putar sampai gebu lagi.masukkan pandan paste sampai dapat kepekatan yang diingini.jangan cair sangat.

kukus selama 15-20minit.sebaik-baiknya 20minit ok?


line merah tu terpulang pada korang.mak aku cakap,kita boleh buat stripes or dot.depends on our creativity la.aku titiskan aje bancuhan pewarna merah dan bila dia masak,dia akan merekah macam di atas

actually,aku rasa cupcakes aku ni more to sponge cake but sponge cake is lighter la.

tapi berbaloi aku tunggu depan pemutar tu.aku sebenarnya tak minat baking ni.aku prefer menggoreng-goreng atau buat lauk atau apa saja kecuali baking tapi nak cuba.nanti kawen,laki mintak kang..haha

oh.nak cerita pasal ovalette.benda ni tolong gebukan kek kita.sebab tu ovalette digunakan kalau nak buat roti atau kek.insyaALLAH,sangat membantu.tapi masa nak beli tu tengok-tengok sama.sebab dengar-dengar ada yang tak halal

ok peeps?selamat mencuba!

No comments: