Friendly Friends

March 10, 2011

Cara nak Cover Subjek Bila Study Last Minute

assalamualaikum
tak ada niat nak ajak korang sama-sama study last minute.hehe.cuma nak berkongsi sedikit tips bagaimana nak cover sesuatu topik bila berada di saat-saat terakhir nak exam.maksud saat akhir aku ialah selewat-lewatnya dua hari dari tarikh peperiksaan,bukan 10 minit akhir okee?
1. Buat nota seringkas yang mungkin
- aku tetap buat nota.walau pada hakikatnya,aku ada sebulan lagi untuk exam sekalipun,nota aku sangatsangat ringkas!orang lain 1 fail,aku sehelai dua je untuk keseluruhan tajuk.haha.malas nak menyalin nota dan aku ada kelemahan untuk ingat ayat-ayat panjang.aku akan salin kata kunci dan aku goreng ayat untuk kata kunci tu.
contoh isi penting: Fizik; Kepler's Law of Planetery Motion
Law: The orbit of every planet is an ellipse with the Sun at one of the two foci.hanya perkataan yang berwarna merah yang aku tulis dalam nota.pandai-pandaila nak sambung ayat!selamat menggoreng!oh ya.perlu diingat bahawa kata kunci adalah inti sesebuah isi.penting untuk ingat kata kunci!ada markah!

2. Tampal nota berbentuk peta minda di mana-mana tempat yang boleh ditampal
- tempat strategik ialah di meja stadi,di tepi cermin,di pintu,di hujung kaki,di dinding tempat kita tidur mengiring.di atas lantai (kot-kot tengah makan bersila) dan jugak di skrin laptop.heh!jangan gatai nak online masa tengah stadi!dan jangan jugak tampal kat sejadah.sekeh baru tau!haha.tak padan dengan last minute punya stadi.haha.

3. Pegi menyelit kat tempat kawan buat stadi group
- kalau tak ada kawan buat stadi group pun takpa..cari kawan yang suka baca nota kuat-kuat.aku pun tak gemar stadi group tapi kalau dah malas sangat nak membaca,aku pegi duduk senyap-senyap tepi depa dan dengar depa baca kuat-kuat point penting.kadang-kadang,dengan mendengar,kita akan lebih ingat!

4. Korbankan diri ambil kafein
- kalau aku turun kafe,masa ni nescafe sangat laku.tapi untuk pastikan keberkesanan nescafe atau sebarang minuman berkafein ni,minum dari petang.jangan minum masa nak stadi.effect dia tahan mengantuk bukan masa tu tapi keesokkan harinya.ingat tau,minum dari awal.tapi jangan amalkan sangat.tak bagus

5. Tidur cukup
- aku tak berapa setuju dengan stay up ni.aku stay up jugak tapi aku tidur awal dan bangun awal.pukul 11-3 pagi memang adalah waktu untuk tidur!tak ada guna kita berjaga tapi serabut daripada kita bangun dengan penuh ketenangan dapat dapat ilmu...tapi terpulang.masing-masing ada cara yang tersendiri.mungkin disebabkan waktu aku stadi tak sama dengan kawan-kawan aku menyebabkan depa kata aku tak stadi.haha

weh!exam lambat lagi la.saja ja aku bagi tips ni awal-awal sebab aku tau..ramai je students yang sepesen dengan aku kan?haha.goodluck!sama-sama kita score.yeah!



bila aku google gambar ni,caption dia adalah PADAN MUKA!haha

1 comment:

♛ Dea Arematt ♛ said...

nice sharing..;p.. bru nk stdy nih.. mggu dpn exm.. huhu