Friendly Friends

March 30, 2011

Aku Masih Dara

assalamualaikum

nak cerita.ye ye aku tau cerita Aku Masih Dara (AMD) ni dah lama tapi aku baru je tengok..hehe.dah lama terperam dalam laptop.aku ingatkan cerita ni tak best dan hanya nak publisiti dengan buat tajuk sensasi macam ni.rupanya tidak.jalan cerita dia agak lain dari yang lain.kesimpulannya,aku bagi 4 bintang kat movie ni.

bagi aku la kan,daya tarikan movie ni adalah pada watak Firdaus (Ashraf Muslim).oh.aku sangat suka watak lelaki baik yang muka dia pun memang baik.haha.klise tak?tapi serius aku suka dia.dari Niyang Rapik yang dia jadi Ustaz Amirul dan siri Zehra sekarang ni tajuk Ustaz Amirul jugak dan AMD ni pun jadi ustaz,aku suka dia bawak watak ustaz.sesuai sesuai!

teruskan berlakon sebagai ustaz.dan semoga anda dapat mengekalkan watak ustaz tu.nampak sangat cool dengan ketayap dan baju melayu atau baju raihan.i adore u i adore u!

*sori la internet sangat lambat.nak upload gambar si hensem pon tabuleh

oh ya.perkembangan bah di negeri Perlis.mak telefon aku tadi dan mak cakap,kalau Kak Qirah tak balik dlaam masa seminggu dua ni pun takpa.mak takut Kak Qirah terkandas nak balik IPDA balik sebab air tengah naik.sekolah adik pun telefon suruh pi ambil budak-budak sebab dalam masa beberapa jam je air dah naik.pastu empangan Tasoh pon dengar-dengar kabar dah lepaskan air.sungai Siran dekat rumah pun dah melimpah.tapi Alhamdulillah rumah kita selamat lagi.mak dah beli beras,telur,sardin ngan bilis banyak-banyak takut nanti bekalan terputus.

pastu mak nasihat aku suruh sediakan bekalan juga.takut jadi macam tahun lepas,bekalan makanan terputus,bekalan air takde..masa tu,ada RM500 dalam purse pun dah tak guna.harga megi yang asalnya RM3.50 jadi RM5.00.terpaksa beli sebab takut kebulur.

sebagai langkah awal,tadi aku jerang air siap-siap dan penuhkan semua botol yang ada.takut jugakla nanti bekalan air terputus,nak minum air bersih pun tak ada.baik berjaga-jaga dari sekarang.

banyak lagi aku nak cerita.geram betul tau.baru je bayar bil internet tapi dia potong sebab terhutang sebulan.oh kejam.aku bayar lebih kurang 2 minggu lepas.sekarang guna internet free yang kea access kat bilik stadi.terpaksa jadi budak nerd sat.sebab tu aku nak tulis semua dalam 1 post.malas nak tunggu lama-lama.pasni nak naik bilik layan movie lagi best!

panjang sangat ke aku tulis?tak kan?hehe.maaf yepp.okee semua.jaga diri.jangan nakal-nakal.jangan bagi kena air hujan walau setitik.sediakan bekalan menghadapi bah besar.jangan malas stadi.banyakkan amalan sebab terasa-rasa macam saat pengakhiran tu dah nak dekat.rasa macam dah dapat tanda-tanda.kan?Astaghfirullahalhazim..

assalamualaikum.

No comments: